Friday 30 August 2013

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : SAYA TIDAK AKAN TUNGGU PIHAK POLIS, SAYA AKAN BINA SENDIRI PONDOK POLIS.

Tragedi yang menimpa eksekutif sebuah syarikat penerbangan, Shahrinawati Abu Bakar, yang meninggal dunia setelah disamun di Taman Cempaka, Ampang amat menyayatkan hati.

Sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Chempaka, saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarhamah.

Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.

Juga sebagai Ahli Dewan Negeri, saya merasakan sesuatu yang drastik perlu dilakukan di kawasan tersebut untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.

Pejabat saya telah menerima terlalu banyak aduan tentang kejadian jenayah seperti ragut, samun dan pecah rumah di kawasan-kawasan di sekitar Taman Chempaka.

Pada 22 Julai lepas, lebih kurang 500 meter dari tempat Allahyarhamah disamun, pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang cuba menampal notis pada sebuah gerai haram di Kg Pandan telah diserang dengan parang oleh 7 orang lelaki.

Hingga ke hari ini, tidak ada siapa yang didakwa di mahkamah berhubung kes tersebut tetapi gerai haram yang hendak disampaikan notis itu masih bebas beroperasi.

Sebagai langkah awal, Pejabat saya akan mula membina 5 pondok Polis sepertimana yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013.

Dalam tahun 2008, saya pernah bertanya kepada Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar ketika beliau merupakan Ketua Polis Negeri Selangor tentang hasrat saya untuk membina pondok-pondok Polis. Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada jaminan pihak Polis boleh menempatkan anggota di setiap pondok yang dibina.

Tetapi suasana hari ini telah menjadi tidak terkawal. Saya tidak akan menunggu jaminan pihak Polis. Pembinaan akan dimulakan secara berperingkat-peringkat pada bulan Oktober ini.

Sekiranya pihak Polis tidak dapat menempatkan anggota mereka, terdapat penduduk yang sanggup melakukan rondaan secara sukarela. Pejabat saya juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk yang mahu memastikan keselamatan kawasan dan hartabenda mereka terjamin.

YB Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
30 Ogos 2013

Thursday 29 August 2013

5 KAWASAN PANGSAPURI DIPILIH UNTUK PROGRAM SEROJA.

SHAH ALAM, 29 OGOS – Lima kawasan pangsapuri di bawah lima pentadbiran PBT di Selangor dipilih untuk dilaksanakan Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) mulai Oktober ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, lima pangsapuri tersebut melibatkan 2,298 unit kediaman dengan jumlah penduduk hampir 10,000 orang.

“Kawasan terlibat ialah Pangsapuri Megah Villa di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Pangsapuri Seri Era Desa Latania di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pangsapuri Mawar & Cempaka di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pangsapuri Laksamana Jaya A di Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.

Menurutnya, sebanyak 900 unit kediaman terdapat di Pangsapuri Megahvilla, 315 unit di Pangsapuri Seri Era Desa Latania, 300 unit di Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30, 613 unit di Pangsapuri Mawar & Cempaka dan 170 unit di Pangsapuri Laksamana Jaya A.

Iskandar berkata, pemilihan dibuat berdasarkan maklum balas dari pelbagai pihak seperti PBT dan pihak polis di mana setiap kawasan akan diperuntukkan geran maksimum RM10,000 setahun untuk menganjurkan program kemasyarakatan.

“Program Seroja ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga keselamatan tetapi untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

“Selain dari itu, setiap kawasan akan juga menerima peralatan-peralatan seperti cota, wisel, lampu suluh dan jaket keselamatan. Untuk tahun 2014, sebanyak 25 lagi akan dilaksanakan program Seroja ini,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran bagi lima kawasan untuk tahun ini akan diadakan di salah satu kawasan tersebut akhir September.

Thursday 22 August 2013

KENYATAAN AKHBAR : PROJEK SURI HIJAU MAMPU JIMATKAN PERBELANJAAN HARIAN.

Projek SURI HIJAU bagi Kawasan Dewan Negeri Chempaka akan dilancarkan oleh isteri Ahli Dewan Negeri (ADN) itu, Puan Salasiah Zakaria pada 25 Ogos 2013 ini jam 12 tengah hari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ADN tersebut.

Projek ini adalah untuk menggalakkan suri rumah menanam keperluan harian mereka. Di antara tanaman-tanaman yang digalakkan ditanam adalah lada, bawang, serai, halia, kunyit, lengkuas, daun kesum, limau purut, limau kasturi daun pandan dan daun saderi.

Seramai 30 orang suri rumah akan menerima kit permulaan (starter kit) untuk membantu mereka memulakan penanaman.

Selain dari itu, kursus-kursus bimbingan akan dianjurkan bagi memastikan para suri rumah mendapat hasil tanaman yang baik. Pertandingan-pertandingan juga akan dianjurkan untuk memberi galakan kepada para suri rumah yang menyertai projek ini.

Adalah diharapkan agar projek ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga mereka yang mengambil bahagian.

Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
23 Ogos 2013

Wednesday 21 August 2013

KENYATAAN AKHBAR : JMB DAN MC PERLU BINCANG SEGERA BIL-BIL UTILITI YANG TERTUNGGAK.

JMB dan MC yang mempunyai tunggakan bil-bil utiliti seperti SYABAS dan TNB diingatkan agar segera mengadakan perbincangan dengan syarikat yang terlibat supaya pelan pembayaran secara berjadual dapat dipersetujui.

Ini untuk mengelakkan pemotongan yang akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk perumahan bertingkat yang terlibat.

Pejabat ini dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) kerap didatangi oleh JMB dan MC apabila bekalan air atau bekalan elektrik dipotong agar Kerajaan Negeri dapat membantu. Tetapi ketika itu jumlah tunggakan telah menjadi terlalu tinggi dan penduduk akan menghadapi masalah untuk membayar tunggakan tersebut.

Kerajaan Negeri melalui LPHS bersedia untuk menjadi fasilitator di dalam sebarang rundingan di antara JMC atau MC dan syarikat utiliti. Tetapi rundingan mungkin akan memakan masa yang lama sebelum sebarang persetujuan dapat dicapai dan bekalan dapat disambung semula. Oleh itu, lebih mudah sekiranya rundingan dilakukan sebelum pemotongan.

JMC dan MC jangan pula merasa selesa sekiranya potongan tidak dilakukan walaupun jumlah tunggakan semakin bertambah. Pemotongan boleh dilakukan bila-bila masa.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
21 Ogos 2013

Tuesday 13 August 2013

AKTIVIS MESTI BERUPAYA BERHADAPAN DENGAN CABARAN SEMASA.

Saya masih ingat masa final year bertahun-tahun dahulu saya merupakan wakil pelajar dalam Course Committee di mana sebelum kurikulum dirangka, keperluan industri untuk jangkamasa yang terdekat dikenalpasti. Tujuannya adalah supaya para graduan akan menjadi lebih marketable kepada industri. Supaya mereka mempunyai skill yg diperlukan oleh industri jadi senanglah mereka mendapat pekerjaan. Supaya mereka boleh berhadapan dgn cabaran-cabaran di dalam industri.


Ketika itu ada ura-ura kawasan dermaga ("dock area") di bandaraya kami hendak dibangunkan maka telah dicadangkan final year students didedahkan kepada projek-projek pembangunan semula kawasan dermaga.

Mungkin aktivis-aktivis Parti pun perlu begitu. Selain dari "traditional skills", mereka juga mesti memiliki skill-skill semasa yg membolehkan mereka bersaing di dalam dunia yg terbuka. 


Lebih penting bagi kita di Selangor di mana kita adalah kerajaan. Kita tidak mahu aktivis-aktivis kita hebat di antara kita tetapi terpinga-terpinga atau melopong bila bersama rakan-rakan, masyarakat umum atau di dalam kerajaan. 

Kita mahu aktivis kita memimpin dan bukan sekadar menjadi Pak Turut sahaja. Tidak kira di apa peringkat sekalipun. Sama ada di peringkat kerajaan negeri, PBT mahupun jawatankuasa penduduk.

Jadi mereka yg merangka kurikulum utk para aktivis kena buka mata luas-luas. Pandang jauh ke hadapan. Pandang jauh ke luar. Setiap zaman ada cabarannya yg tersendiri. Mereka tidak boleh menutup mata kepada cabaran-cabaran ini. Tidak memadai dgn benda yg sama sahaja kemudian mendakwa org kita telah dipersiapkan secukupnya. Dunia berubah setiap saat.

Friday 9 August 2013

TEKANAN DARI DALAM PARTI.

Dari komen FB, reposted : Memang saya akui YB-YB memang menerima TEKANAN dari org2 Parti utk dahulukan org Parti bila hendak menyampaikan sumbangan. Walaupun ada bukan org Parti yg lebih layak. 

Alasannya org2 Parti tolong menangkan YB jadi YB kena tolong org Parti dulu. 

Ini berlaku dalam semua Parti. Sudah tentu dalam Umno. Dan berlaku juga dalam PAS. 

Jadi YB-YB kena ada "a strong sense of accountability". Akhirnya yg kena jawab YB sorang-sorang. Sama ada atas dunia atau dalam kubur. 

Jadi buat yg betul. Takde org nak tolong dalam kubur kelak. Kalau kena maki pun, kejap aje atas dunia ni. Dalam neraka kho lidi nafi ha abada.

CABARANNYA ADALAH MENCARI YANG BENAR-BENAR LAYAK.

Pada saya cabaran utama utk menyampaikan bantuan adalah bukan jumlah wang yang perlu diperuntukkan tetapi utk mencari org yg betul2 layak utk menerima bantuan.
 
Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kpd mereka yg tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.


Saya juga percaya mereka yg betul2 layak atau atau betul2 melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan utk dtg berjumpa YB, Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Penghulu atau Ketua Kg.

Sama ada tak kenal mereka, segan, takde duit tambang, takde kenderaan, takde handphone nak tel atau sms, malu nak cakap atau semata-mata bependirian tak mahu menyusahkan org.

Adalah menjadi tugas kita utk turun padang cari DARI PINTU KE PINTU.

Tetapi agak susah sebab org yg betul2 melarat sebenarnya mempunyai jati diri yg tinggi. Mereka tak mahu ke depan.

Mungkin ramai yg tak percaya bahawa kami pernah jumpa sekeluarga yg berbuka puasa dgn nasi dan kicap sahaja! Ini cerita benar! Berlaku di tempat kita.

MUNGKIN RAMAI LAGI YG TAK PERCAYA KALAU SAYA BERITAHU ADA SEORANG PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH YG TERLAMPAU LAPAR SEHINGGA TERPAKSA MAKAN CICAK DI SEKOLAH!

KETIKA PELAJAR2 LAIN KE KANTIN, BELIAU MENCARI CICAK UTK DIMAKAN.

INI CERITA BETUL, BERLAKU DI KL BUKAN DI CONGO ATAU ZIMBABWE.

HANYA SETELAH PERISTIWA ITU BARULAH GURU2 SEKOLAH TERSEBUT TAHU AKAN BETAPA MELARATNYA KELUARGA BUDAK TERSEBUT.

TETAPI SEBELUM ITU DIA TAK PERNAH BERITAHU APA2 KPD GURU2.

PENGAJARAN-PENGAJARAN DARI KES LIF ROSAK DI DESA MENTARI.

Penduduk marah kenapa lif2 masih belum dibaiki walaupun telah 2 minggu peruntukan kerajaan negeri diluluskan. 

Pada awalnya kerajaan negeri hendak melantik kontraktor yg boleh membaikpulih secepat mungkin. Tetapi kami dapati JMB ada kontrak penyelenggaraan dgn pembuat (manufacturer) lif - Ryoden Mitsubushi. Jika kontraktor lain menyentuh lif itu maka ia akan menjejaskan kontrak penyelenggaraan dgn Ryoden. 

Oleh itu, kerajaan negeri akur kpd keputusan JMB agar lif2 itu dibaikpulih oleh Ryoden. Memang keputusan JMB itu tepat sbb lebih baik guna spare part yg original. 

Tetapi spare part original ambil masa utk sampai. Kena order dari Jepun. Walau bagaimanapun setelah didesak, Ryoden setuju utk baikpulih 2 dari 5 lif yg hendak dibaiki guna spare part dari kontrak mereka yg lain. 

Tapi makan masa 2 minggu juga. Utk baki 3 lif lagi akan ambil masa 4 bulan. Saya telah arah Lembaga Perumahan (LPHS) utk desak lagi Ryoden supaya percepatkan kerja2 baikpulih atau cari alternatif yg lebih cepat. 

PENGAJARAN-PENGAJARAN : 

( 1 ) UTK REPAIR LIF AKAN AMBIL MASA TERUTAMANYA YG DAH LAMA TAK DISELENGGARA.

( 2 ) PASTIKAN CAJ PENYELENGARAAN DIBAYAR MENURUT JADUAL SUPAYA PENYELENGGARAAN DAPAT DILAKUKAN.

( 3 ) KALAU ADA YG BAYAR DAN ADA YG TIDAK MAKA KESEMUA PENDUDUK AKAN TERSIKSA. ITU SEBAB KERAJAAN NEGERI TELAH MULA DAKWA DI MAHKAMAH MEREKA YG DEGIL TAK MAHU BAYAR.

PENJELASAN TENTANG DEWAN TERBUKA KG PANDAN.


Seperti yg pernah saya jelaskan, cukup payah nak dapat peruntukan dari Geran Selangorku.

Utk mendapatkan peruntukan membina dewan itu memakan masa berbulan-bulan walaupun kosnya tidak tinggi, manfaatnya banyak dan amat diperlukan. 

Pada majlis pecah tanah, saya memberitahu saya terpaksa menulis 8 pucuk surat kepada Menteri Besar untuk mendapatkan kelulusan peruntukan. Itu pun dapat separuh kos aje, MPAJ kena biayai separuh lagi kos. Dan itu pun dapat dewan terbuka bukan tertutup.

Geran Selangorku ditadbir oleh satu JK Khas. Tidak ada wakil Exco di dalamnya. Tidak ada wakil PAS di dalamnya. Mereka tidak melaporkan kepada Exco.

Jadi pada pandangan saya kita terima dulu dewan terbuka. Nak dapat dewan terbuka ni pun macam 3 kali mati hidup balik. Untuk fasa kedua kita buat penambahan untuk jadikan ia tertutup.

Ada yang kata mereka tak nampak "nilai positif" pada dewan terbuka itu, sabar dulu! Kita tunggu fasa kedua.

BODOHKAH KERAJAAN NEGERI CUBA MEMBANTU PENDUDUK DESA MENTARI?

Ada org kata Kerajaan Negeri bodoh kerana campur tangan isu lif rosak di Desa Mentari. Ia bukan masalah kerajaan. Caj penyelenggaraan yg dikutip pemaju tidak cukup utk selenggara lif. Ramai penduduk tak bayar caj RM45 sebulan yg ditetapkan oleh pemaju.

Akhirnya Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyita lif2 itu kerana ia tidak lagi selamat. Ada kabel lif telah putus. Tinggal satu aje. Kalau itu pun putus ........ habis!

Jadi ia di antara pemaju dan penduduk. Kalau penduduk bayar maka pemaju akan repair. Lif2 itu pun boleh bergerak semula. Takde kena mengena langsung dgn kerajaan. Kalau kerajaan tak mahu bantu pun takpe! Kenapa tak mahu bayar caj penyelenggaraan bulanan.

Tapi saya telah bentang kes ini di dalam Mesyuarat Exco dan Exco setuju luluskan RM100,000 dibawah CERIA utk repair lif. Lembaga Perumahan akan memantau kerja2 baikpulih.

Ada yg kata ini kerja gila! Kata mereka kerajaan telah menghulur kepala utk disembelih! Kalau ada masalah dgn kerja2 baikpulih maka kerajaan akan disalahkan.

Patutnya org yg tak bayar yg kena bantai tapi sebab kerajaan dah campur tangan maka kerajaan akan jadi mangsa.

Hari ini terbukti betul kata mereka! Utk repair lif bukan mudah. Terutamanya lif yg dah lama tak diselenggara.

Spare part lift bukan macam spare part kereta. Bukan boleh beli di tepi jalan. Kena order, ambil masa.

Kerajaan dah percepatkan pengeluaran peruntukan. Tapi kerajaan takde kawalan ke atas kerja2 repair. Nak lantik kontraktor pun satu hal. Tak boleh lantik suka2 aje. Silap lantik warranty utk seluruh lif akan batal.

Kalau dah siap pun perlu disahkan oleh JKKP sebelum boleh digunakan. Ye lah ia melibatkan nyawa, tak boleh hentam aje.

Sekarang kerajaan kena bantai sebab proses baikpulih masih berjalan.Adakah berbaloi kerajaan campur tangan?

Pada saya menjadi tanggungjawab kerajaan utk bantu rakyat. Sama ada rakyat nak ucap terima kasih atau nak maki, itu di antara mereka dan Allah. Dalam kubur sama2 kita jawab.

Monday 5 August 2013

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A SAMAD : KEMENTERIAN PERUMAHAN PERLU SEMAK SEMULA SENARAI PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI.

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) perlu mengkaji semula status projek-projek yang telah disenaraihitam sebagai projek terbengkalai jika ianya telah diambil alih oleh pemaju penyelamat dan berjaya dipulihkan.

Kerajaan Negeri Selangor telah menerima aduan dari pemaju penyelamat bahawa projek terbengkalai yang mereka ( pemaju ) ambil alih telah berjaya dipulihkan tetapi orang ramai yang ingin membeli unit-unit di situ gagal mendapat kelulusan pinjaman dari bank.

Bank terpaksa menolak permohonan mendapatkan pinjaman bagi projek seperti itu kerana ia masih berada di dalam senarai projek terbengkalai.

Akibat dari itu pemaju menghadapi masalah untuk menjual unit-unit yang masih tidak terjual dan ini memberi kesan kepada keupayaan pemaju mendapatkan pembiayaan kewangan.

Contohnya terdapat sebuah projek Rumah Kos Rendah di Subang yang berjaya dipulihkan dan telah lebih 80 peratus siap tetapi oleh kerana KPKT masih menyenaraikannya sebagai projek terbengkalai maka 140 orang pembeli telah gagal mendapat pinjaman bank.

Oleh itu, Kerajaan Negeri menggesa KPKT mengeluarkan projek yang berjaya dipulihkan dari senarai hitam itu agar projek tersebut dapat disiapkan menurut jadual yang ditetapkan oleh pemaju penyelamat.

Pejabat ini berharap satu pertemuan di antara Kerajaan Negeri dan KPKT dapat diadakan dengan segera bagi membincangkan perkara ini dan isu-isu perumahan lain. Di antara isu-isu itu adalah harga rumah yang semakin meningkat, pembinaan Rumah Mampu Milik dan penyelenggaraan pembangunan bestrata.

Pada penggal lepas Pejabat ini telah 2 kali menulis kepada Menteri yang terlibat memohon pertemuan tetapi tidak pernah ada jawapan dari KPKT.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Kerajaan Negeri Selangor
5 Ogos 2013