Tuesday, 28 February 2012

PROJEK RUMAH KOS RENDAH KG. BEREMBANG SIAP APRIL INI

KUALA LUMPUR, 31 Jan 2012 - Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan Kampung Berembang,kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya, projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun lalu dijangka berakhir pada 1 April depan.

Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini.

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya kepada media ketika ditemui dalam lawatan kerja ke tapak projek perumahan Kampung Berembang di sini semalam.

Tambahnya lagi, setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, pihaknya telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk setinggan.

"Yang ini termasuk kepada mereka yang telah membantah semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika program setinggan sifar di mana kerajaan UMNO merobohkan rumah. Maka ada penduduk yang telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan Negeri. Ketika itu Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo".

Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat.

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, saya rasa gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.

Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun.

Sememangnya semua penduduk kampung ini menunggu detik itu sejak sekian lama kerana projek itu telah tertangguh beberapa kali sejak empat tahun lalu, katanya ketika ditemui media.

Editor : Khaulah Azwar