Thursday 10 April 2014

KENYATAAN AKHBAR EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR : PEMAJU LEWATKAN PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK AKAN DIAMBIL TINDAKAN.

Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju-pemaju yang telah mendapat kelulusan untuk membina Rumah Mampu Milik (RMM) tetapi gagal mengemukakan permohonan untuk Kebenaran Merancang (KM).

3 projek telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Exco dalam tahun 2011 tetapi tiada yang telah mendapat KM.

10 projek dalam tahun 2012 dan 2 projek telah mendapat KM.

14 projek dalam tahun 2013 dan 1 projek telah mendapat KM.

4 projek dalam tahun 2014.

Satu jawatankuasa khas di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah ditubuhkan untuk memantau pembinaan RMM dan terdapat di antara pemaju-pemaju terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan.

Pemaju-pemaju akan diarah untuk mengemukakan permohonan KM mereka dalam masa 6 bulan iaitu sebelum November 2014.

Pembinaan mesti bermula dalam masa setahun setelah KM diperolehi.

Sekiranya terdapat pemaju yang berdegil maka Kerajaan Negeri boleh membatalkan kelulusan MMKN untuk RMM mereka.

LPHS juga akan mengkaji kemungkinan sama ada kelulusan KM bagi projek-projek lain pemaju yang degil ini boleh dibekukan.

Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
11 April 2014