Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor & Ahli Dewan Negeri Chempaka (N21)
Saturday, 28 July 2012
Friday, 27 July 2012
Pagi ini 195 keluarga Kg Sg Sireh Utama, Kg Sg Sireh Tambahan dan Kg Sg Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Telah turut hadir bersama MB Selangor dan ADN Selat Kelang, YB Dr. Halimah Ali dalam majlis pagi tadi di kampung tersebut yang berada dalam DUN Selat Kelang. Satu lagi masalah setinggan diselesaikan menerusi pemberian tanah.
Wednesday, 25 July 2012
25 PERCENT OFF ASSESMENT RATES FOR LOW COST FLAT OWNERS.
However, State Executive Councillor for Housing, Building Management And Squatters, Iskandar Abdul Samad said yesterday the reduction would only be offered to owners staying in their units, or their next-of-kin occupying the units if the owners are deceased.
Another condition is that the owners must not have any payment arrears.
"The owners need to fill a special form and present it while paying for the assessment rates to get the reduction," he told reporters after the exco meeting.
Iskandar said the forms are to ensure that the owners are residing in their flats, and should be endorsed by the Joint Management Committee, Management Corporation, Commissioner of Building at the local authority or local councillors.
He also said official documents to validate the individual or heir's ownership is required.
The tax reduction will be offered immediately upon the provision of the special form, he added. Meena Lakshana, Malay Mail.
ISI BORANG UNTUK PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN 25 PERATUS.
SHAH ALAM, 25 JULAI 2012 : Pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh Selangor hanya perlu mengisi borang khas dan membawanya ketika membayar cukai bagi membolehkan mereka mendapat potongan 25 peratus cukai taksiran berkenaan.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata borang tersebut disediakan bagi memudahkan segala proses berkaitan dan mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik serta mendiami sendiri kediaman mereka.
Menurutnya, borang khas yang telah lengkap diisi boleh disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC), Ahli Majlis Perbadanan Pengurusan (MC), Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setempat.
"Mereka perlu mengemukakan dokumen yang sah di sisi undang-undang untuk mengesahkan bahawa mereka adalah pemilik atau waris yang sah. Pengurangan akan diberikan tanpa menunggu kesemua maklumat pembeli di sesebuah pangsapuri diperolehi.
"Mana-mana pemilik yang datang membuat pembayaran bersama borang khas yang telah disahkan akan mendapat pengurangan itu," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan SUK di sini hari ini.
Sebelum ini, Iskandar menjelaskan, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan satu mekanisme bagi pemilik pangsapuri kos rendah mendapat potongan 25 peratus untuk cukai taksiran.
Beliau berkata, kelayakan untuk mendapatkan pengurangan cukai taksiran tersebut adalah pemilik yang mendiami sendiri kediaman mereka atau yang didiami waris pemilik serta pemilik yang tidak mempunyai tunggakan. ( Hafizan Taib, Media SelangorKu )
Tuesday, 24 July 2012
Saturday, 21 July 2012
Friday, 20 July 2012
CADANGAN PARKIR KHAS WANITA DI PUSAT BELI-BELAH
Exco Perumahan Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata cadangan itu adalah praktikal berdasarkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir kenderaan pusat membeli-belah.
"Tujuan utama merizabkan tempat letak kereta untuk wanita berhampiran bangunan pasar raya besar adalah untuk mengelakkan mereka terdedah dengan sebarang kejadian bahaya.
"Sebelum ini sudah ada tempat letak kereta khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dekat dengan bangunan pasar raya, jadi saya rasa tiada masalah merizabkan parkir khas kepada wanita seperti yang disediakan kepada OKU," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Gabungan Wanita Pandan di Pasaraya Tesco Ampang, di sini hari ini.
Iskandar berkata antara lain, memorandum yang akan diserahkan kepada semua pasar raya besar di Ampang bermula hari ini, turut mencadangkan unit parkir tersebut ditanda 'W' sebagai tanda ia dikhususkan kepada wanita.
Unit-unit tempat letak kereta bertanda 'W' itu hanya boleh digunakan oleh pelanggan wanita yang mengunjungi pasar raya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa sahaja, katanya. - Bernama
PENYERAHAN MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA PASARAYA BESAR MERIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA.
Gabungan Wanita Pandan menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka.
Kami menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin.
Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya.
Kami mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan.
GABUNGAN WANITA PANDAN
Wednesday, 18 July 2012
KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA DIRIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA DI PASARAYA BESAR.
Mereka menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin.
Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar.
Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya.
Gabungan Wanita Pandan mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa.
Sehubungan itu, Gabungan Wanita Pandan akan menyerahkan memorandum kepada pasaraya-pasaraya besar di Ampang bermula dengan Pasaraya Tesco Ampang sepertimana berikut,
Tarikh - 20 Julai 2012 ( Jumaat )
Masa - 3.00 petang
Tempat berkumpul - Di pintu masuk Pasaraya Tesco Ampang ( Di sebelah Pizza Hut )
Saya akan hadir untuk memberi sokongan.
Wartawan dan jurufoto dijemput hadir.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di 019 759 8622.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
18 Julai 2012
Tuesday, 17 July 2012
PENDUDUK PINGGIRAN DESA SEROJA DAN SG RAMAL LUAR MENERIMA TAWARAN PEMILIKAN TANAH
Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, maka Adun Bangi dengan kerjasama Wakil Penduduk Tempatan di Pinggiran Desa Seroja sdr. Nathan A/L Marianandan telah berusaha dengan penduduk setempat, demikian juga Ketua Kag. Sungai Ramal Luar Tuan Haji Mohd. Yusof Abdul Kadir bagi mendapat Pemilikan Tanah Kediaman. Akhirnya setelah permohonan diproses, maka temuduga diadakan pada 8 Ogos 2011 dan lawatan pemastian tapak dilakukan oleh YB Tuan Iskandar Exco sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan dan kelulusan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. Pada hari ini di adakan Majlis Kesyukuran penuh keceriaan bertempat di Padang Awam Taman Desa Seroja diadakan Majlis Penyerahan Tawaran Pemberimilikan Tanah berkenan dengan dihadiri oleh YB Tuan Iskandar bin Abdul Samad Exco, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, YB Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, YB Tuan Lee Kim Sin Adun Kajang, YB. Tuan Haji Khasim bin Abdul Aziz Adun Lembah Jaya, YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, En. Ahmad Suaidi Ketua Timbalan Pegawai Daerah, Hulu Langat, sdr. Mohd Rashidi bin Raslan Penolong Pegawai Daerah Tanah, Hulu Langat, Tuan Haji Kamaruzzaman bin Salimin dari MPKj, sdr. Nathan A/L Marianandan Wakil Penduduk Pinggiran Taman Desa Seroja, ahli-ahli MPKj, Ketua-Ketua Kampong dan penduduk-penduduk setempat.
YB Iskandar di dalam ucapannya mengucap tahniah kepada penduduk-penduduk yang menerima tawaran Pemilikan dan mengingatkan kepada penerima bahawa tawaran pemberimilikan adalah untuk tanah tapak kediaman. Penerima tawaran perlu pindah ke atas tanah yang ditawar berimilikan dalam tempoh satu tahun. Penduduk bagi kawasan tanah yang ditawarkan akan ditadbir secara kampong, sebab itu pendudk wajar memilih Ketua Kampong sendiri. Bagi rakyat yang tidak mampu, mereka dikenakan bayaran premium sebanyak RM1,000. Jika mereka dapat bayar dalam tempoh 6 bulan, maka akan diberi discount 30%. Pemilik dinasihat jangan menjual tanah yang diberimilik, tetapi jika dijual, maka cukai akan dikenakan menurut taksiran semasa bila berlaku pindahmilik. Menurut YB Iskandar sebelum ini, isu Tanah Pinggiran Desa Seroja ini sering dibawa oleh YB Dr. Shafie baik di dalam ucapan di Dewan Negeri dan dalam soalan lisan dan tulisan. Secara bergurau beliau berkata, selepas ini, saya berharap isu tanah Pinggiran Desa Seroja ini tidak berbangkit lagi !
YB Iskandar juga mengumumkan nama SEROJA digunakan bagi satu Skim Baru bagi menjaga keselamatan kediaman iaitu: Skim Rondaan Kejiranan (SEROJA). Menurutnya skim ini akan diperluaskan kelak.
Sebelum daripada itu YB Teo Nie Ching dijemput berucap. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat tawaran pemilikan tanah dan patut bersyukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor yang begitu prehatin menyelesaikan permohonan tanah yang telah berpuluh tahun dipohon, maka di dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat dapat diselesaikan. Beliau juga menyebut berbagai-bagai skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat termasuklah Skim Merakyatkan Ekonomi negeri Selangor, Skim Warga Emas, Tawas, Anak-Anak Masuk Universiti, pinjaman Mimber, Skimsel dan bantuan anak di pra-sekolah.
Adun Bangi dalam ucapannya yang juga mengucap tahniah kepada penduduk memaklumkan bahawa daripada 36 orang yang ditawarkan pemilikan Tanah 24 orang adalah dari kalangan orang India dan 12 daripadanya adalah dari kalangan orang Cina. Mereka telah menetap di sini lebih 40 tahun. Manakala empat orang dari Sungai Ramal Luar adalah orang Melayu. Kelulusan permohonan tanah ini bukan pertama kali di Dun Bangi, kerana pada tahun lepas 50 permohonan berkelompok penduduk di Kampung Bahagia Bangi telah diluluskan. Mereka adalah dari kalangan orang Melayu yang telah memohon tanah tersebut sejak berpuluh tahun yang lepas, tetapi baru diluluskan pada zaman pemerintahan Pakatan Rakyat. Menurut Adun Bangi, kita sedang menunggu permohonan pemilikan tanah bagi penduduk Teras Jernang dan Kampung Bangi. Kita berharap permohonan berkenaan dapat diproses dengan segera. Adun Bangi menyebut kita berterima kasih kepada banyak pihak yang membawa kepada kelulusan tanah dari YAB Dato` Menteri Besar, Exco YB Iskandar, Pejabat Daerah dari Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Tanah), khususnya Encik Rashidi bin Raslan dan juga Wakil Penduduk En. Nathan. Wakil Penduduk ini juga diberi peluang bercakap bagi pihak Penduduk berterima kasih kepada pihak Kerajaan dan mengharapkan sokongan terus diberi kepada kerajaan yang memerintah sekarang.
Selepas Majlis Perasmian yang dilakukan oleh YB Iskandar, beliau dijemput menyampakan borang tawaran 5A kepada penduduk-penduduk dengan diiringi Adun Bangi, Ahli Parlimen Sedang dan Encik Suaidi dari Pejabat Daerah.
Majlis pada hari ini dimeriahkan dengan sambutan Tarian Singa dan Gendang India oleh Pasukan dari Masyarakat India. (Daripada Blog ADUN Chempaka, 8 Julai 2012 )