Wednesday 18 July 2012

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : MEMORANDUM GABUNGAN WANITA PANDAN MENGGESA DIRIZABKAN TEMPAT LETAK KERETA UNTUK WANITA DI PASARAYA BESAR.

Saya menyokong sepenuhnya memorandum Gabungan Wanita Pandan yang menggesa pasaraya-pasaraya besar ( hypermarket ) merizabkan sebilangan unit letak kereta khusus untuk kaum wanita di tempat-tempat letak kereta mereka.

Mereka menggesa agar dirizabkan unit-unit letak kereta berhampiran dengan bangunan pasaraya agar keselamatan pelanggan-pelanggan wanita terjamin.

Sebelum ini seorang pelanggan wanita telah diserang dan cuba dirompak di tempat letak kereta sebuah pasaraya besar.

Sekiranya terdapat unit-unit letak kereta yang dirizabkan untuk pelanggan-pelanggan wanita maka mereka tidak perlu meletakkan kenderaan mereka di lokasi yang jauh dan terpencil dari bangunan pasaraya.

Gabungan Wanita Pandan mencadangkan agar unit-unit letak kereta itu ditanda "W" dan rizabkan hanya untuk pelanggan-pelanggan wanita yang mengunjungi pasaraya-pasaraya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa.

Sehubungan itu, Gabungan Wanita Pandan akan menyerahkan memorandum kepada pasaraya-pasaraya besar di Ampang bermula dengan Pasaraya Tesco Ampang sepertimana berikut,

Tarikh - 20 Julai 2012 ( Jumaat )
Masa - 3.00 petang
Tempat berkumpul - Di pintu masuk Pasaraya Tesco Ampang ( Di sebelah Pizza Hut )

Saya akan hadir untuk memberi sokongan.

Wartawan dan jurufoto dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di 019 759 8622.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
18 Julai 2012