Wednesday, 17 October 2012

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BERTANGGUNGJAWAB MENGAWAL HARGA RUMAH YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN NEGERI


Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah didapati gagal menyemak harga-harga jualan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor apabila meluluskan lesen-lesen pemaju perumahan.
 
Kerajaan Negeri Selangor mensyaratkan bagi setiap pembangunan yang melebihi 10 ekar sebahagian darinya perlu dibina Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana.
 
Rumah Kos Rendah hanya boleh dijual dengan harga maksima RM42,000, Rumah Kos Sederhana Rendah RM72,000 dan Rumah Kos Sederhana RM100,000.
 
Walau bagaimanapun terdapat kes-kes di mana Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan harga jualan melebihi dari harga maksima untuk Rumah Kos Sederhana.
 
Sebagai contoh, terdapat Rumah Kos Sederhana di Bukit Subang, Shah Alam yang telah diberi kelulusan untuk dijual dengan harga sehingga RM220,000 sebuah. RM120,000 lebih tinggi dari harga yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
 
Oleh yang demikian, Kementerian Perumahan perlu menyemak harga jualan maksima yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri sebelum meluluskan lesen pemaju.
 
Sekiranya pemaju gagal membina menurut kelulusan Kerajaan Negeri, pembeli-pembeli akan menghadapi masalah untuk mendapatkan surat hakmilik.
 
Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi penekanan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik tetapi Kementerian Perumahan pula telah mengeluarkan lesen yang membenarkan pemaju menjual dengan harga yang lebih tinggi dari yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kementerian Perumahan perlu lebih bertanggungjawab.   
 
 
Iskandar bin Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Negeri Selangor Darul Ehsan/
ADN Chempaka
16 Oktober 2012