HAYAT kesal dengan kegagalan Syabas untuk membekalkan air yang secukupnya di sebahagian besar taman-taman dan kampung-kampung di Cheras dan Ampang.
Terdapat taman-taman seperti Pandan Jaya, Taman Nirwana, Taman Dagang, Taman Cahaya dan Ampang Mewah yang telah tidak mendapat bekalan air lebih dari satu minggu.
Kami tidak boleh menerima alasan-alasan yang diberikan oleh Syabas kerana adalah menjadi tugas mereka untuk melakukan perancangan dan persedian agar rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air bersih tanpa gangguan.
Kami tidak yakin lagi dengan keupayaan Syabas kerana telah banyak kali berlaku kejadian ketiadaan air di Selangor. Pada kami Syabas telah gagal maka adalah wajar tugas membekalkan air ini dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.
Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya. Pertama kegagalan di rumah pam Wangsa Maju dan kedua di Rumah Pam Pudu Hulu.
Oleh yang demikian kami mahu satu siasatan yang terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri.

Siasatan ini mestilah melibatkan pakar-pakar yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor dan didedahkan umum.
Kami juga menuntut Syabas memulihkan bekalan air kepada kawasan-kawasan yang terlibat secepat mungkin.
Hj Arshad Ahmad
Pengerusi
Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT)
019 352 1894
7 Januari 2013