300 org pemohon akan dipilih untuk ditawarkan Rumah Mampu Milik "Rumah Selangorku" yang dibina oleh PKNS di Seksyen U12, Shah Alam dan PNSB di Sutera Damansara, Petaling Jaya.PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri dan PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. Rumah-rumah tersebut dijangka boleh diduduki pada akhir tahun 2016Sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri.Pemohon-pemohon yang berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik.Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria-kriteria diri mereka.Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi.Di antara kriteria-kriteria lain yang dinilai adalah pendapatan isi rumah, lama tinggal di Negeri Selangor dan jarak tempat tinggal sekarang dari lokasi projek.Pemohon-pemohon yg mendapat markah tertinggi akan ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut.Pemilihan adalah semata-mata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan dari mana-mana pihak.Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui surat pada bulan Disember ini. Nama-nama mereka itu juga akan dipamerkan di laman web LPHS untuk 2 minggu.Kedua-dua projek ini adalah di antara 35,000 Rumah Mampu Milik yang akan bina di Selangor menjelang 2018.Mereka yang berminat untuk membeli rumah-rumah tersebut boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web LPHS mulai bulan Disember ini.Projek Rumah Mampu Milik pertama PKNS adalah di Bandar Baru Bangi dengan 124 unit kediaman dan akan mula diduduki tahun hadapan.Iskandar A SamadExco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka BandarNegeri Selangor30 Oktober 2013
Mungkin PAS juga perlu mencontohi UMNO di dalam pemilihan jawatan-jawatan di dalam parti. Iaitu dibenarkan berkempen secara terbuka.
Kita perlu mengakui bahawa terdapat kempen-kempen dijalankan. Lebih baik kempen-kempen ini dikawal dan dipantau dari ia dibiarkan berjalan tanpa kawalan dan pemantauan.
Jangan pula kita cuba menutup mata kepada realiti kerana kempen juga berlaku untuk pemilihan jawatan-jawatan di peringkat akar umbi. Ini tidak menghairankan kerana yang menang berpeluang menjadi calon PRU, ahli Majlis atau Ketua Kampung.
Jangan juga menjadikan berlumba-lumba membuat kebajikan sebagai alasan kerana amalan tidak bertegur sapa dan boikot memboikot telah berlaku akibat daripada perebutan jawatan.
Sebelum PRU13 ada yang menghantar wakil berjumpa saya mendesak saya menandatangani surat kepada pimpinan menyokong beliau menjadi calon. Saya enggan dan hingga ke hari ini hubungan saya dengan mereka tidak baik.
Oleh itu, lebih baik kempen ini dilakukan secara terbuka kerana kempen secara senyap lebih bahaya dari kempen secara terbuka. Sekurang-kurangnya di dalam kempen terbuka, seorang calon boleh menjawab segala tuduhan atau dakwaan terhadap beliau. Walaupun jika beliau tidak berminat akan jawatan yang dipertandingkan tetapi beliau perlu diberi peluang untuk menjawab.
Dengan kempen terbuka ia juga membuat setiap calon dan penyokong mereka lebih bertanggungjawab maka tidak akan berlaku kes-kes melempar batu sembunyi tangan.
Adakan juga sesi khas untuk calon-calon berkempen atau memperkenalkan diri agar program dan jentera parti tidak disalahguna untuk tujuan tersebut.