Thursday, 31 May 2012

DUA U-TURN UNTUK SELESAIKAN MASALAH TRAFIK DI PANDAN INDAH DAN TAMAN SHAMELIN PERKASA.

Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka bersama-sama wakil-wakil dari JKR dan IJM telah melawat simpang Jalan Pandan Indah 1 dan Jalan Indah berhampiran Taman Cheras Indah untuk meninjau masalah trafik di sana pada 29 Mei lepas.

JKR telah diketuai oleh Jurutera Daerah Hulu Langat, Nor Azman Ramli sementara IJM oleh Kelvin Tan.

IJM sedang membina Lebuhraya Besraya dari Salak Selatan ke Pandan Indah/Kg Pandan.

Iskandar juga adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor.

Turut hadir adalah wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Haji Meor Rithuan Mohd. Said yang merupakan seorang Ahli Majlis.

Masalah di simpang itu adalah ia digunakan untuk membuat pusingan-U atau U-turn oleh kenderaan yang keluar dari MRR2. Kenderaan dari MRR2 yang keluar di exit menghala ke Taman Shamelin Perkasa tidak boleh membelok kanan ke Pandan Indah. Oleh itu mereka terpaksa membuat U-turn untuk berpatah balik ke Pandan Indah.

U-turn ini adalah tidak dibenarkan dan membahayakan kenderaan yang datang dari Taman Shamelin Perkasa dan Taman Cheras Indah.

Pada lawatan tersebut, Kelvin memaklumkan bahawa IJM apabila menambahbaik atau upgrade simpang tersebut dengan membina jambatan akan mewujudkan dua U-turn. Satu untuk kenderaan ke Pandan Indah dan satu lagi untuk kenderaan ke Taman Shamelin Perkasa.

Iskandar berharap agar kedua-dua U-turn ini akan menyelesaikan masalah trafik sekarang. Walau bagaimanapun beliau mahu IJM berbincang dengan JKR tentang langkah-langkah menyelesaikan masalah yang sedia ada sehingga dua U-turn tersebut siap dalam masa tahun.

Beliau juga mahu IJM memaklumkan penduduk sebelum memulakan kerja-kerja dan memasang penghadang bunyi atau noise barrier di kiri dan di kanan jalan agar penduduk tidak akan diganggu akibat penambahan trafik apabila penambaikan itu siap.

Iskandar juga mahu MPAJ mengkaji jalan masuk utama ke Taman Maju Jaya Fasa 1 dan 2 agar trafik ke taman itu sentiasa lancar.


Chempaka Kini
1 Jun 2012

PROGRAM AIR PERCUMA "LAPOR DAN DAPAT" DIPERLUASKAN.

Program "Lapor Dan Dapat" sekarang dibuka kepada penduduk pangsapuri kos rendah.

"Lapor Dan Dapat" adalah program di mana penduduk kediaman berstrata yang tidak memiliki meter individu boleh mendapat 20 meter padu air percuma dengan hanya melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jumlah unit kediaman berpenghuni di pangsapuri mereka. PBT kemudian akan memberitahu Syabas akan jumlah ini dan Syabas akan melakukan potongan pada bil di meter pukal. Pihak yang menguruskan pangsapuri itu pula akan melakukan potongan pada bil-bil setiap kediaman di situ.

Program "Lapor Dan Dapat" ini telah membantu penduduk pangsapuri kos rendah mendapat air percuma di bawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES).

Dengan kejayaan program ini, ianya sekarang dibuka kepada pangsapuri kos sederhana.

Pihak yang menguruskan kediaman berstrata kos sederhana seperti pemaju, agen pengurusan, JMB, MC atau persatuan penduduk boleh menghubungi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan mereka untuk menyertai program ini.

Adalah diharapkan dengan membuka penyertaan kepada pangsapuri kos sederhana, lebih ramai rakyat Selangor akan menikmati skim air percuma di bawah program MES.

Penduduk adalah digesa agar mendesak pengurus bangunan mereka membuat laporan kepada COB secepat mungkin. Tanpa kerjasama pengurus bangunan, Kerajaan Negeri tidak akan dapat membantu penduduk.

ISKANDAR ABDUL SAMAD
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN
NEGERI SELANGOR /
AHLI DEWAN NEGERI CHEMPAKA
30 Mei 2012

Monday, 28 May 2012

KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD - PENAMBAHAN PENGUNDI YANG MENDADAK DI KG PANDAN : BENARKAH SPR TIDAK SEDAR?

Adalah mustahil pendaftaran "pengundi hantu" di Kg Pandan dapat dilakukan tanpa bantuan atau restu "pihak atasan".

Pada 25 Mei lepas, Pejabat ini mendedahkan bahawa untuk 3 jalan di Kg Pandan terdapat peningkatan pengundi yang luar biasa dari tahun 2007 hingga 2011. Lebih 300 pengundi baru telah didaftarkan di jalan-jalan itu dan ramai penghuni rumah tidak mengenali pengundi-pengundi yang telah didaftarkan di alamat rumah mereka.

Bagi mendaftarkan pengundi kepada sesuatu alamat, MyKad pengundi tersebut mestilah menyatakan alamat itu. Oleh itu, untuk mendaftarkan beratus-ratus pengundi ke alamat-alamat di Kg Pandan, kesemua mereka mestilah menukar MyKad mereka.

Tetapi adalah mustahil bagi mereka sebagai individu untuk menukar MyKad mereka beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu, ada kemungkinan pengundi-pengundi tersebut mendapat bantuan dari pihak-pihak tertentu.

Setakat ini yang telah didedahkan adalah untuk 3 jalan dan melibatkan lebih 300 pengundi. Tetapi ia mungkin melibatkan lebih ramai pengundi di daerah-daerah mengundi yang lain di Chempaka. Maka tidak mustahil ianya adalah sebahagian dari satu operasi bersepadu. 

Persoalannya mengapakah Suruhanjaya Pilihan Raya tidak sedar akan penambahan pengundi yang mendadak ini?

Satu siasatan yang terperinci perlu dilakukan. Ianya perlu untuk mengenalpasti pihak yang bertanggung jawab mendaftarkan "pengundi-pengundi hantu" tersebut.

Daftar pemilih masih tidak kelihatan bersih. Amat payah bagi SPR untuk meyakinkan rakyat bahawa proses pilihanraya di Malaysia adalah bersih, bebas dan adil.


Data penambahan pengundi untuk 3 jalan yang terlibat :

Lorong Kemajuan 1

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.        

1

1

21

20

2.        

10

3

15

12

3.        

12

4

10

6

4.        

14

3

10

7

5.        

17

3

10

7

6.        

2

2

15

13

7.        

20

1

13

12

8.        

21

3

18

15

9.        

22

1

10

9

10.    

23

3

20

17

 

 

 

Jumlah

111

 

Lorong Kemajuan 2

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.

27

8

14

6

2.

29

3

13

10

3.

3

3

13

10

4.

31

3

11

8

5.

33

3

19

16

6.

35

4

17

13

7.

36

4

13

9

8.

41

1

14

13

9.

43

3

11

8

10

44

5

12

7

11.

5

3

10

7

12.

6

6

20

14

13.

7

7

18

11

14.

9

2

15

13

 

 

 

Jumlah

145

 

Lorong Cantik 4

 

Bil.

No. Rumah

Tahun 2007

Tahun 2011

Jumlah Penambahan

1.

5

8

43

35

2.

6

3

20

17

3.

8

4

21

17

4.

1

5

15

10

 

 

 

Jumlah

79

 


Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
29 Mei 2012