Sunday 9 March 2014

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR TENTANG KEHILANGAN PENERBANGAN MH370 : JANGAN BUAT SPEKULASI, TUDING JARI TETAPI KELEMAHAN PERLU DIPERBAIKI.

Saya menggesa umat Islam di Selangor mengerjakan solat hajat sama ada secara bersendirian atau berjemaah untuk mendoakan agar operasi mencari dan menyelamat kapal terbang tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT dan bertemu kejayaan.

Saya turut mendoakan agar keluarga mereka yang terlibat diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT untuk menghadapi dugaan ini.

Saya juga berharap agar orang ramai lebih sensitif dan tidak membuat sebarang spekulasi tetapi hanya mendapatkan berita dan maklumat daripada saluran yang resmi sahaja.

Buat masa ini, orang ramai juga tidak sepatutnya menuding jari kepada sesiapa kerana siasatan masih berjalan dan belum muktamad lagi.

Walau bagaimanapun, saya berharap Kerajaan Malaysia akan menjalankan segala usaha yang mungkin untuk memastikan agar operasi mencari dan menyelamat ini berhasil.

Usaha-usaha perlu juga dijalankan untuk membaiki apa jua kelemahan yang mungkin ada untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
10 Mac 2014