Cabaran Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar agar Kerajaan Negeri Selangor membeli saham majoriti di dalam syarikat konsesi lebuh raya jika mahu membantah kenaikan tol menunjukkan beliau tidak prihatin kepada penderitaan rakyat.
Beliau tidak sepatutnya menempelak usaha Kerajaan Negeri untuk menghalang kenaikan ini tetapi sama-sama memikirkan cara-cara untuk memastikan kenaikan ini tidak berlaku.
Kenaikan tol ini sepatutnya dibantah oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana yang akan terbeban dengan kenaikan tersebut adalah seluruh rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli UMNO.
Dengan kenaikan ini kos barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan lebuhraya sudah tentu akan meningkat. Contohnya kos barangan yang dihantar melalui lebuh raya sudah tentu akan naik dan ini bermakna kenaikan tol ini akan juga memberi kesan kepada rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai kerajaan negeri berkebajikan komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin. Ini terbukti dengan pelbagai program-program jangkapendek dan jangkapanjang untuk membantu rakyat.
Oleh yang demikian arahan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghalang kenaikan tol bagi lebuhraya di mana ia mempunyai pegangan saham adalah konsisten dengan pendirian Kerajaan Negeri selama ini.
Walaupun jika Datuk Seri Noh hendak mempertahankan kenaikan ini sekurang-kurangnya beliau mencadangkan cara-cara bagaimana beban rakyat dapat dikurangkan.
UMNO sering mengajak PAS bermuzakarah demi kepentingan ummah secara khusus dan rakyat secara am tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi UMNO Selangor ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya mementingkan keuntungan politik.
Sehubungan itu, saya berpandangan adalah lebih baik UMNO mencari pemimpin lain yang lebih prihatin kepada kebajikan rakyat untuk memimpin UMNO Selangor. Pada saya, terdapat pemimpin-pemimpin lain seperti YB Dato' Shamsuddin Lias, Ahli Dewan Negeri Sg Burung yang lebih layak memimpin UMNO Selangor.
Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
19 Disember 2013
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor & Ahli Dewan Negeri Chempaka (N21)
Wednesday, 18 December 2013
Tuesday, 17 December 2013
BUKA SELUAS-LUAS RUANG UNTUK MEREKA YANG MAHU BERPERANAN DI DALAM PAS - ISKANDAR
Klang, 17 Dis - Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad, mahu seluas-luas ruang dibuka untuk mereka yang mahu berperanan di dalam PAS.
Beliau berucap sedemikian ketika membuat lawatan ke Klang malam tadi untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli-ahli PAS di sana.
Iskandar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya 1 Disember lepas berkata terdapat ramai yang bersedia menyumbang tenaga dan kepakaran maka ia seharusnya digembelingkan untuk memacu PAS ke hadapan.
"Mereka seharusnya diberi peranan sesuai dengan kemampuan masing-masing kerana masih terdapat banyak ruang di dalam PAS untuk semua," katanya.
Menurut beliau juga, ahli-ahli PAS hendaklah mengamalkan sikap bersangka baik dan mengenepikan budaya label melabel yang sengaja diwujudkan oleh musuh.
Iskandar juga menasihatkan pimpinan PAS di Selangor agar memandang ke luar dengan menganjurkan program-program bukan sahaja untuk ahli-ahli PAS tetapi untuk seluruh masyarakat sesuai dengan tema Muktamar PAS tahun ini "Rahmat Untuk Semua".
Majlis telah berlangsung di Pejabat PAS Cawangan Palm Grove dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Ahmad Nazri Nawi selaku tuan rumah.
Iskandar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan malam tadi bahawa beliau sedang mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan Parlimen di Selangor untuk bertemu pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Disediakan oleh Unit Media PKM Chempaka.

Wednesday, 11 December 2013
PIMPINAN PAS SELANGOR LENGKAP DIPILIH.
Malam tadi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama sejak Muktamar PAS 2013.
Sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan PAS, berikut adalah perlantikan-perlantikan yang dilakukan malam tadi untuk memimpin PAS Selangor bagi sessi 2013-15,
Timbalan Pesuruhjaya 1 - YB Ustaz Sallehin Mukhyi
Timbalan Pesuruhjaya 2 - YB Mohd Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 3 - YB Dr Siti Mariah Mahmud
Setiausaha - YB Mohd Khairuddin Othman
Bendahari - YB Dr Ahmad Yunus Khairi
Pengarah Pilihanraya - Cikgu Jaafar Shamsuddin
Ketua Penerangan - YB Haji Zaidy Abdul Talib
Penolong Setiausaha 1 - Muhd Azeman Muhd Yunus
Penolong Setiausaha 2 - Khairulfami Matsom
Penolong Setiausaha 3 - Azri Mohd Arish
Sebelum ini, Pesuruhjaya telah dilantik oleh Presiden PAS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 1 Disember 2013.
Sementara Ketua Dewan Ulamak Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim dan Ketua Dewan Muslimat Hajjah Wan Hasrina Wan Hasan telah dipilih pada Muktamar Dewan masing-masing.
Saf kepimpinan PAS Selangor sama ada yang dipilih atau dilantik ini merupakan gandingan dari pelbagai kepakaran dan latar belakang.
Terdapat Ulamak, doktor, peguam, peguam syari'e, arkitek, pendidik, ahli perniagaan dan aktivis masyarakat yang menganggotai saf kepimpinan tersebut.
Harapan rakyat terhadap PAS di Selangor adalah begitu tinggi dan saf kepimpinan ini akan memastikan agar harapan rakyat itu dapat dipenuhi.
Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
11 Disember 2013

Monday, 2 December 2013
PENGGULUNGAN YB ISKANDAR A SAMAD KETIKA MENJAWAB PERKARA YANG DIBANGKITKAN OLEH YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN ( BUKIT GASING ).
Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan Bukit Gasing terhadap usaha Kerajaan Negeri untuk menyediakan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri ( RSN ) Selangor 2035.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor sedang menyediakan RSN Selangor 2035 selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta 172.
Kajian semula ini apabila diwartakan akan menggantikan RSN Selangor 2020.
Kerja-krja telah dimulakan pada 4 Jun 2012, beberapa siri bengkel dan mesyuarat teknikal dan mesyuarat pemandu bersama-sam agensi / jabatan kerajaan termasuk negeri-negeri bersempadanan telah diadakan bagi memastikan penyediaan kajian RSN Selangor 2035 ini menepati keperluan semasa dan lebih menyeluruh.
RSN Selangor 2035 merupakan kajian perancangan bersepadu yang melibatkan kajian 20 sektor perancangan antaranya adalah,
1.) Pengangkutan dan lalulintas
2.) Perumahan
3.) Gunatanah fizikal.
4.) Perniagaan dan perkhidmatan
5.) Perindustrian
6.) Pelancongan
7.) Kemudahan masyarakat
8.) Pemeliharaan alam sekitar
9.) Pembangunan infrastruktur dan utiliti
Kajian semula RSN Selangor 2035 ini akan dibuka kepada orang awam dan pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan, maklumbalas, cadangan dan bantahan pada bulan Mac 2014 untuk tempoh sebulan yang selari dengan Akta 172.
Apabila telah diwartakan, RSN Selangor 2035 akan menjad rujukan utama untuk usaha-usaha memacu perancangan fizikal dan membantu pertumbuhan ekonomi Selangor sehingga 2035.
Monday, 25 November 2013
Sunday, 24 November 2013
KERAJAAN NEGERI BN GAGAL PANTAU PEMAJU : RUMAH KOS RENDAH LULUS SEJAK 1997 BELUM DIBINA.
Di dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan sebanyak 35,000 Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuas Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.
Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk :
1) Memantau permohonan dan kelulusan Rumah Mampu Milik.
2) Menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik.
3) Merancang pembinaan Rumah Mampu Milik.
Di antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti Rumah Mampu Milik termasuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang telah diwajibkan ke atas pemaju-pemaju untuk dibina.
Hasil siasatan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang wajib dibina oleh pemaju tetapi masih belum lagi dibina.Terdapat rumah-rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90’an di zaman Kerajaan Negeri Barsian Nasional yang masih belum dibina.
Contohnya Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam minggu ini mendapati 2 projek perumahan Rumah Kos Sederhana dan Rumah Kos Rendah yang melibatkan lebih 1,800 unit masih belum lagi dibina walaupun telah diluluskan seawal tahun 1997.
Untuk mengelakkan perkara ini dari berulang, Kerajaan Negeri sekarang telah mewujudkan satu sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih cekap dan tegas agar pemaju-pemaju itu tidak mengabaikan tanggungjawab mereka.
Kerajaan Negeri juga telah mewajibkan Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Rendah dibina serentak dengan rumah-rumah jenis lain.
Beberapa pemaju terlibat juga telah dipanggil untuk memberi penjelasan kenapa mereka masih gagal membina Rumah Kos Rendah yang telah diwajibkan ke atas mereka.
Kerajaan Negeri akan memastikan pembinaan rumah-rumah itu walaupun tanah yang terlibat telah dijual kepada pihak-pihak lain.
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
13 November 2013

Wednesday, 30 October 2013
300 BERPELUANG UNTUK MEMBELI RUMAH MAMPU MILIK "RUMAH SELANGORKU".
300 org pemohon akan dipilih untuk ditawarkan Rumah Mampu Milik "Rumah Selangorku" yang dibina oleh PKNS di Seksyen U12, Shah Alam dan PNSB di Sutera Damansara, Petaling Jaya.
PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri dan PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. Rumah-rumah tersebut dijangka boleh diduduki pada akhir tahun 2016
Sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri.
Pemohon-pemohon yang berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik.
Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria-kriter ia diri mereka.
Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi.
Di antara kriteria-kriter ia lain yang dinilai adalah pendapatan isi rumah, lama tinggal di Negeri Selangor dan jarak tempat tinggal sekarang dari lokasi projek.
Pemohon-pemohon yg mendapat markah tertinggi akan ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut.
Pemilihan adalah semata-mata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan dari mana-mana pihak.
Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui surat pada bulan Disember ini. Nama-nama mereka itu juga akan dipamerkan di laman web LPHS untuk 2 minggu.
Kedua-dua projek ini adalah di antara 35,000 Rumah Mampu Milik yang akan bina di Selangor menjelang 2018.
Mereka yang berminat untuk membeli rumah-rumah tersebut boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web LPHS mulai bulan Disember ini.
Projek Rumah Mampu Milik pertama PKNS adalah di Bandar Baru Bangi dengan 124 unit kediaman dan akan mula diduduki tahun hadapan.
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
30 Oktober 2013
PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri dan PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri. Rumah-rumah tersebut dijangka boleh diduduki pada akhir tahun 2016
Sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri.
Pemohon-pemohon
Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria-kriter
Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi.
Di antara kriteria-kriter
Pemohon-pemohon
Pemilihan adalah semata-mata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan dari mana-mana pihak.
Pemohon-pemohon
Kedua-dua projek ini adalah di antara 35,000 Rumah Mampu Milik yang akan bina di Selangor menjelang 2018.
Mereka yang berminat untuk membeli rumah-rumah tersebut boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web LPHS mulai bulan Disember ini.
Projek Rumah Mampu Milik pertama PKNS adalah di Bandar Baru Bangi dengan 124 unit kediaman dan akan mula diduduki tahun hadapan.
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
30 Oktober 2013
Wednesday, 16 October 2013
KEMPEN TERBUKA ADIL UNTUK SEMUA
Mungkin PAS juga perlu mencontohi UMNO di dalam pemilihan jawatan-jawatan di dalam parti. Iaitu dibenarkan berkempen secara terbuka.
Kita perlu mengakui bahawa terdapat kempen-kempen dijalankan. Lebih baik kempen-kempen ini dikawal dan dipantau dari ia dibiarkan berjalan tanpa kawalan dan pemantauan.
Jangan pula kita cuba menutup mata kepada realiti kerana kempen juga berlaku untuk pemilihan jawatan-jawatan di peringkat akar umbi. Ini tidak menghairankan kerana yang menang berpeluang menjadi calon PRU, ahli Majlis atau Ketua Kampung.
Jangan juga menjadikan berlumba-lumba membuat kebajikan sebagai alasan kerana amalan tidak bertegur sapa dan boikot memboikot telah berlaku akibat daripada perebutan jawatan.
Sebelum PRU13 ada yang menghantar wakil berjumpa saya mendesak saya menandatangani surat kepada pimpinan menyokong beliau menjadi calon. Saya enggan dan hingga ke hari ini hubungan saya dengan mereka tidak baik.
Oleh itu, lebih baik kempen ini dilakukan secara terbuka kerana kempen secara senyap lebih bahaya dari kempen secara terbuka. Sekurang-kurangnya di dalam kempen terbuka, seorang calon boleh menjawab segala tuduhan atau dakwaan terhadap beliau. Walaupun jika beliau tidak berminat akan jawatan yang dipertandingkan tetapi beliau perlu diberi peluang untuk menjawab.
Dengan kempen terbuka ia juga membuat setiap calon dan penyokong mereka lebih bertanggungjawab maka tidak akan berlaku kes-kes melempar batu sembunyi tangan.
Adakan juga sesi khas untuk calon-calon berkempen atau memperkenalkan diri agar program dan jentera parti tidak disalahguna untuk tujuan tersebut.
Sunday, 29 September 2013
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN DI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PANDAN KALI KE 10 PADA 29 SEPTEMBER 2013.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita akan bersama-sama melaksanakan satu lagi tanggungjawab Parti kita iaitu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
Di dalam kesempatan ini saya ingin mengalu-alukan kehadiran para AJK PAS Kawasan dan para perwakilan daripada Dewan-Dewan serta Cawangan-Cawangan.
Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan amat penting di dalam memastikan matlamat-matlamat mesyuarat agung ini dapat dicapai.
Di sini saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas dari Pakatan Rakyat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi-institusi masyarakat ke majlis perasmian mesyuarat agung tahun ini.
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah amat penting di dalam mengukuhkan tali silaturrahim di antara kita.
Saya berharap kerjasama di antara kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan kita bersama.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan mesyuarat agung hari ini.
Seluruh ahli-ahli PAS di Pandan mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
KEMENANGAN SEBAGAI ANUGERAH ALLAH SWT
Marilah kita juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan kita mempertahankan Chempaka dengan majoriti yang berlipat ganda serta di atas pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dengan majoriti melebihi 2/3.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan, usaha dan sumbangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan pada pilihan raya umum yang baru lalu.
Semoga Tuan-Tuan dan Puan-Puan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT di akhrat kelak.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa bersikap merendah diri dan meyakini bahawa kemenangan kita bukan semata-mata kerana usaha kita tetapi merupakan anugerah Allah SWT.
Tanpa bantuan dan izin Allah SWT, sehebat mana gerak kerja kita atau selengkap mana perancangan kita, kita tidak akan dapat sama sekali mencapai kejayaan.
Ingatlah kisah seorang abid yang mahu masuk ke syurga di atas amal ibadahnya dan bukan di atas belas ihsan Allah SWT. Tetapi Allah SWT memberitahu bahawa amal ibadah sepanjang hayat beliau hanya sepadan dengan nikmat sebelah mata yang Allah SWT telah anugerahkan.
Manusia adalah terlalu kerdil dan kita mestilah sentiasa menyedari akan hakikat ini.
MENCIPTA SEJARAH
Saya berharap kita menyedari kita sekarang berada pada satu saat yang paling bersejarah.
Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor telah masuk kepada penggal kedua. PAS ada 4 orang Exco di dalam kerajaan. PAS telah berjaya menambah sehingga 15 kerusi Dewan Negeri ketika undi PAS di banyak negeri mengalami kemerosotan. Oleh yang demikian, peluang seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Ia sewajarnya menghasilkan pencapaian-pencapaian yang akan terpahat di dalam lembaran sejarah. Pencapaian-pencapaian yang sepadan dengan kedudukan kita sebagai sebuah parti di dalam kerajaan. Bukan sekadar pencapaian-pencapaian yang sepatutnya kita capai ketika kita sebuah parti pembangkang. Kita perlukan kelainan agar ada perbezaan sebelum dan selepas menjadi kerajaan.
Jika semasa pembangkang kita boleh menambah 5 Cawangan setahun tetapi setelah menjadi kerajaan kita patut berupaya menambah 25 Cawangan setahun.
Jika semasa pembangkang kita boleh mentarbiyyah ahli-ahli tetapi setelah menjadi kerajaan kita patut berupaya mentarbiyyah masyarakat.
Kita sebagai Kawasan, Dewan, Lajnah atau Cawangan mesti mempunyai sasaran-sasaran yang “tangible”, sama ada program atau projek, yang perlu dicapai dalam jangkamasa yang tertentu. Tidak memadai lagi sasaran yang berada di awang-awangan.
Jangan kita hanya bercakap kita mahukan Islam dilaksanakan tetapi dengan adanya sebuahnya kerajaan kita mesti berupaya menunjukkan apa yang Islam boleh lakukan.
Sekolah Menengah Islam, Sekolah Rendah Islam, Pusat Perlindungan Wanita Islam atau Pusat Tarbiyyah Islam merupakan perkara-perkara yang kita boleh usahakan walaupun kita hanya sekadar berkongsi kuasa.
Jangan pula kita hanya pandai menyalahkan orang lain kenapa ia tidak diwujudkan tetapi tanyalah diri kita sendiri apakah usaha-usaha kita.
Jangan dibebankan tugas ini kepada sebahagian dari kita sahaja tetapi ianya adalah tanggung jawab bersama kerana setiap dari kita adalah pemimpin.
Jangan hanya pandai menuding jari. Sama-sama kita fikirkan.
APA YANG KITA MAHU DARI SEBUAH KERAJAAN
Perjalanan kita masih jauh. Jangan anggap dengan memiliki 4 orang Exco dan kemenangan 15 kerusi kita telah mencapai matlamat kita.
Apakah sebenarnya matlamat kita?
Apakah yang kita mahu dari sebuah kerajaan?
Adakah supaya kita boleh mendapat projek-projek untuk kita atau saudara-mara kita?
Atau supaya kita atau saudara-mara kita boleh mendapat tanah-tanah kerajaan?
Atau supaya kita atau saudara-mara kita boleh mendapat pekerjaan dengan Kerajaan Negeri atau GLC-GLC?
Lain orang lain kemahuannya. Lain kumpulan lain juga kemahuannya?
Contohnya kumpulan “civil society” atau masyarakat maddani mahukan masyarakat yang lebih telus. Maka mereka mendesak Kerajaan Negeri mewujudkan Enakmen Kebebasan Maklumat atau Freedom Of Information Enactment dan akhirnya ia telah diwujudkan.
Rakan Pakatan Rakyat kita, DAP, mahukan rakyat diberikan hak memilih pemimpin mereka diperingkat akar umbi maka mereka mendesak agar dilaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Akhirnya Sidang Dewan Negeri Selangor bersetuju untuk dilaksanakan pilihan raya tersebut walaupun dalam bentuk yang terhad.
Tetapi anda, kita, apa yang kita mahu? Adakah ia bersifat materialistik yang remeh temeh atau ia bersifat ideologi? Hanya kita yang boleh menjawab soalan ini.
Tetapi ianya berkait rapat dengan persoalan kenapa kita menyertai PAS. Hanya kita yang boleh menjawabnya.
PAS FOR ALL
Kita telah sekian lama menerima konsep PAS UNTUK SEMUA atau PAS FOR ALL.
Dengan konsep ini, PAS berupaya mewakili seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Konsep PAS FOR ALL ini bukan relevan untuk hubungan kita dengan orang bukan Islam sahaja tetapi ia juga relevan untuk hubungan kita dengan keseluruhan masyarakat Islam.
Kita boleh menerima orang bukan Islam ke dalam PAS dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tetapi kadang-kala kita menjadikan lebih payah bagi orang Islam sendiri untuk menjadi ahli PAS.
PAS bukan satu gerakan elit yang hanya memberi tumpuan kepada kelompok yang tertentu sahaja. Ianya adalah juga satu gerakan massa. Kita mesti menjadi atau belajar menjadi pemimpin rakyat dan bukan sekadar pemimpin Parti. Setiap kita mesti menjadi seorang negarawan bukan jaguh kampung.
Tetapi untuk menjadi seorang pemimpin rakyat kita mesti menguasai lebih banyak ilmu-ilmu yang mungkin bukan tradisional kepada aktivis-aktivis kita. Dari isu-isu gejala sosial kepada isu-isu perancangan dan perbandaran sehingga ke isu-isu yang melibatkan TPPA. Kita mesti menjadi jurubicara rakyat.
MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI-AHLI
Selari juga dengan konsep PAS FOR ALL, kita wajar memberi peluang kepada setiap ahli untuk berperanan.
Saya yakin kita mempunyai ramai ahli-ahli yang berbakat dan kita seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk memainkan peranan di dalam PAS. Jangan mulakan amalan label-melabel seperti "orang lama", "orang baru", "tidak cukup tarbiyyah" atau "tarbiyyah separuh jalan".
Tarbiyyah itu penting untuk membentuk dan mendidik ahli-ahli tetapi bukan satu alasan untuk menyekat mereka yang tidak sehaluan dengan kelompok kita. Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui siapa yang lebih baik di antara kita.
Tidak wajar diwujudkan "kasta-kasta" di dalam PAS. PAS ini milik kita semua bukan hanya milik segelintir.
Alhamdulillah kita bersikap terbuka di Pandan. Kita boleh menerima orang dari Kawasan lain untuk bergerak aktif di Pandan walaupun apa sejarah dan latar belakang mereka maka seharusnya kita tidak boleh menyekat orang Pandan sendiri bergerak aktif di Pandan.
Kita juga perlu memberi peluang kepada ahli-ahli untuk menjadi lebih kreatif. Kita tidak seharusnya mengongkong ahli-ahli sehingga mereka menjadi beku dan hanya menjadi "clone" kepada para pemimpin.
SEDAR AKAN REALITI DI KELILING KITA
Walau apa yang kita rancang atau lakukan kita mestilah sedar akan realiti di sekeliling kita.
Dunia telah berubah, negara kita telah berubah dan masyarakat kita telah berubah. Maka sudah tentu ahli-ahli PAS juga telah berubah.
Di satu masa dahulu, ahli-ahli PAS terdiri dari kalangan mereka yang merupakan lulusan institusi-institusi agama seperti pondok atau pusat pengajian dari Timur Tengah. Kemudian dalam tahun-tahun 80'an dan 90'an, ahli-ahli PAS terdiri dari mereka yang telah melalui proses tarbiyyah seperti Usrah dan Tamrin. Tetapi selepas ledakan Reformasi dalam tahun 1998, kita dapat melihat ahli-ahli PAS dari pelbagai latar belakang.
Kalau dulu ahli-ahli PAS akan berpakaian yang hampir serupa ke program-program. Kopiah putih, jubah atau baju Melayu. Tetapi hari ini ia tidak lagi berlaku.
Sekiranya cara mereka berpakaian telah berubah maka sudah tentu cara mereka berfikir juga telah berubah walaupun matlamat dan keyakinan ahli-ahli tidak pernah berganjak dari matlamat dan keyakinan ahli-ahli ketika PAS ditubuhkan dalam tahun 1951.
Oleh yang demikian, cara kita menguruskan ahli-ahli juga memerlukan satu pendekatan yang berbeza. Program-program untuk ahli mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza dari tahun-tahun 80'an dan 90'an.
Al Quran menyuruh kita menggunakan bahasa yang difahami oleh kaum tersebut. Mukjizat yang dimiliki oleh para Rasul juga berbeza-beza menurut kesesuaian zaman Rasul-Rasul tersebut. Kita perlu mengajar anak-anak kita mengikut zaman mereka.
Setiap ahli adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza-beza. Contohnya kita wajib memilih makanan yang halal tetapi ada orang suka makan nasi, ada orang suka makan mee dan ada orang suka makan capati. Yang penting ianya halal. Tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah.
Jangan kita menyatakan sesuatu perkara itu salah semata-mata kerana ia tidak sesuai dengan citarasa peribadi kita walaupun Islam menghalalkannya.
TARBIYYAH HARI INI
Mungkin saya bukan orang yang paling layak untuk bercakap tentang tarbiyyah tetapi saya boleh bercakap sebagai seorang yang telah melalui tarbiyyah PAS sejak 1991 dan dapat melihat akan perkembangan PAS sepanjang lebih 20 tahun.
Saya akui tarbiyyah amat penting tetapi kita berhadapan dengan cabaran yang berbeza hari ini.
Tarbiyyah yang dilalui oleh ahli-ahli perlulah yang dapat mempersiapkan mereka dengan cabaran ketika berkerajaan. Cabarannya sudah tentu berbeza ketika kita menjadi pembangkang.
Ramai di antara kita mempunyai kuasa untuk melulus atau menolak. Ada di antaranya yang melibatkan nilai sehingga jutaan ringgit. Malah JKKK atau Pengurus Pasar Malam juga mempunyai kuasa yang memberi peluang kepada mereka untuk “membuat duit”. Ahli-ahli biasa juga diburu oleh kontraktor atau pemaju untuk “broker” atau “orang tengah”.
Selain dari itu ahli-ahli kita juga perlu sehebat rakan-rakan Pakatan Rakyat. Jangan pula kita hebat sesama kita tetapi terpinga-pinga ketika di kalangan rakan-rakan yang lain. Atau ditertawakan oleh pegawai-pegawai kerajaan.
Kebolehan kita menarik ahli-ahli baru juga mesti diperkasakan memandangkan rakyat mempunyai pilihan bukan sahaja PAS. Mereka akan memiilih yang terbaik kepada mereka. Adakah kita berupaya menarik lebih ramai aktivis atau bertahun-tahun berlegar di kalangan orang yang sama sahaja?
Tarbiyyah perlu mempersiapkan ahli-ahli untuk cabaran ini.
KERJASAMA PARTI DAN KERAJAAN
Kerjasama di antara Parti dan Kerajaan seharusnya dipertingkatkan dan dimanfaatkan.
Kerajaan yang diwakili oleh Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis, JKP, JKKK atau JK Masjid bersama Parti sama ada PAS Kawasan, Dewan-Dewan atau Cawangan-Cawangan dapat membentuk satu sinergi yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan umat secara keseluruhannya.
Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang masalah di dalam hubungan di antara kedua-dua pihak ini maka parti tidak akan dapat memanfaatkan kedudukannya sebagai sebuah parti di dalam sebuah kerajaan. Maka sudah tentu ini akan merugikan parti.
Alhamdulillah setakat ini kita telah dapat memanfaatkan institusi kerajaan dan program-program kerajaan.
Pusat Khidmat kita telah menjadi seolah-olah Pejabat PAS Kawasan kepada rakyat dan ahli-ahli. Ia menyalurkan maklumat-maklumat parti kepada mereka. Ia juga menanggung banyak beban pentadbiran PAS Kawasan. Malah kakitangan Pejabat Exco di Shah Alam telah kadang-kala turut membantu di dalam urusan pentadbiran PAS Kawasan.
Pusat Khidmat dan PAS Kawasan juga telah bekerjasama menganjurkan program-program. Majlis-majlis perayaan seperti untuk Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina dan banyak lagi adalah gabungan di antara Pusat Khidmat dan PAS Kawasan.
Sejak 2008, Pusat Khidmat juga memberi peluang kepada institusi-institusi PAS seperti Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan untuk menggerakkan program-program untuk Pusat Khidmat.
Saya yakin kerjasama sedemikian dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Tetapi Pakatan Rakyat perlu ada kesedaran kepertanggungjawaban yang amat tinggi. Kita bukan UMNO. Kita perlu lebih “accountable” walaupun ini bermakna saya mungkin tidak disukai oleh ahli-ahli kerana mengikut peraturan apabila hendak mengagihkan bantuan. Ini duit kerajaan bukan duit parti.
Kerajaan tidak boleh memberi bantuan kepada semua orang atau semata-mata kerana mereka adalah ahli parti kecuali mereka benar-benar layak.
Kerajaan juga tidak boleh memberi pekerjaan kepada semua orang atau semata-mata kerana mereka adalah aktivis parti kecuali mereka benar-benar layak.
Kita tidak boleh menjadi seperti UMNO. Harapan rakyat terhadap kita adalah terlalu tinggi.
PARTI MENGUASAI KERAJAAN
Sebelum kita menjadi kerajaan, kita kerap membincangkan apa itu parti menguasai kerajaan. Tetapi setelah 5 tahun menjadi kerajaan adakah kita faham apa itu parti menguasai kerajaan?
Sekali lagi untuk menjawab soalan tersebut saya ingin mengaju soalan-soalan kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Adakah konsep parti menguasai kerajaan bermakna semua harta kerajaan itu milik parti?
Ini adalah konsep yang difahami UMNO. Duit kerajaan adalah duit UMNO. Harta kerajaan adalah harta UMNO. Kakitangan kerajaan adalah kuli UMNO.
Adakah ini konsep parti menguasai kerajaan yang kita mahu?
Atau adakah konsep parti menguasai kerajaan bermakna setiap tindak tanduk kerajaan terpaksa dirujuk kepada parti?
Mungkin ini mustahil kerana perancangan dan pelaksanaan polisi-polisi kerajaan di Selangor adalah terlalu pantas.
Parti menguasai kerajaan bermakna polisi-polisi kerajaan adalah selari dengan polisi-polisi parti. Kerajaan melaksanakan agendanya menurut garispanduan yang ditetapkan oleh parti. Ia bukan bermakna orang parti akan campur tangan dengan setiap urusan harian kerajaan. Tetapi wakil parti dalam kerajaan diberikan peluang untuk melaksana agenda-agenda kerajaan selagi mana ia tidak bertentangan dengan polisi parti.
Ia sama sekali bukan bermakna wakil parti perlu merujuk kepada parti sama ada hendak membeli mee goreng atau mee hoon untuk jamuan-jamuan tetapi lebih kepada wakil parti merujuk kepada parti tentang perkara-perkara yang lebih besar seperti zon perancangan atau kurikulum pendidikan.
ULANGTAHUN KE 10
Tahun ini merupakan ulangtahun ke 10 penubuhan PAS Kawasan Pandan.
Kita bermula dari sebuah rumah kampung di Kg Pandan kemudian menyewa di sebuah rumah kedai di Pandan Indah dan akhirnya membeli bangunan sendiri yang kita namakan sebagai Pusat Tarbiyyah Pandan atau PTP. Pejabat yang menempatkan Pusat Khidmat ADN Chempaka sekarang juga berjaya kita membeli secara tunai sebelum kita menang.
Kita telah melalui 3 pilihanraya umum. Kita kalah di Parlimen Pandan dalam tahun 2004 tetapi menang di Chempaka dalam tahun 2008 dan 2013.
Harapan paling utama saya adalah bukan agar kita dapat mengekalkan kemenangan kita atau menambah Cawangan-Cawangan kita atau menambah ahli-ahli kita tetapi agar kita dapat mengekalkan keharmonian di antara kita.
Saya sentiasa berdoa agar ukhwah di kalangan ahli sentiasa kukuh dan bersama-samalah kita perangi sebarang usaha sama ada dari dalam atau luar untuk menggugat kesejahteraan dan ketenangan yang kita nikmati sepanjang 10 tahun.
Konflik dan konfrontasi bukan budaya Pandan dan sebarang kekeruhan telah berjaya kita jernihkan. Mungkin ia merupakan budaya di tempat-tempat lain tetapi jangan kita cuba membawanya masuk ke Pandan.
Selamat bermesyuarat agung!
Semoga kita sentiasa diredhai dan diberkati Allah SWT.
Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
29 September 2013
Thursday, 26 September 2013
KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A SAMAD : PEMUSATAN GERAI-GERAI FLAT TAMAN DAGANG UNTUK MENGELAKKAN WABAK KENCING TIKUS DAN MENGEMBALIKAN KAWASAN REKREASI KEPADA PENDUDUK.
Sebagai Ahli Dewan Negeri saya telah menerima banyak aduan tentang masalah tikus di Flat Taman Dagang, Ampang.
Berdasarkan beberapa lawatan tapak ke kawasan perumahan tersebut, saya bersetuju dengan pandangan bahawa sampah dan sisa-sisa makanan daripada gerai-gerai di situ merupakan salah satu punca berlakunya pembiakan tikus.
Gerai-gerai yang dibina di atas kawasan rekreasi dan kawasan lapang termasuk di tepi-tepi jalan tidak mempunyai sistem pengurusan sampah dan sisa makanan yang efektif.
Saya mendapati sisa-sisa makanan dan lebihan minyak masak tidak diuruskan dengan sempurna.
Adalah tidak memadai usaha-usaha yang berasingan tetapi satu penyelesaian yang menyeluruh perlu dilaksanakan sekiranya masih ada keperluan untuk gerai-gerai tersebut.
Oleh yang demikian, cadangan untuk memusatkan gerai-gerai itu berupaya menyelesaikan masalah yang selama ini ditanggung oleh penduduk.
Saya berharap penduduk dapat menerima penyelesaian "menang-menang" ini walauun ada desakan yang mahu semua gerai-gerai di kawasan itu dihapuskan sama sekali supaya penduduk mendapat kembali kawasan lapang dan kawasan rekreasi mereka.
Dengan memusatkan gerai-gerai itu maka sebahagian besar dari kawasan yang sekarang ini diduduki oleh mereka dapat dibebaskan untuk kegunaan penduduk.
Tetapi yang paling penting masalah pembuangan sampah, sisa makanan dan lebihan minyak masak tanpa kawalan akan dapat dibanteras.
Akhirnya masalah tikus yang mengancam penduduk dapat diatasi. Masalah tikus ini perlu diselesaikan dengan segera sebelum berlaku sebarang kejadian jangkitan wabak penyakit kencing tikus.
Sehubungan itu, Pejabat saya akan mendapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Ahli Majlis bagi zon tersebut, Tuan Ahmad Fauzi Khamis untuk mengadakan satu operasi turun padang sehari bagi membanteras ancaman tikus.
Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap tikus-tikus pada hari tersebut.
Operasi ini akan diadakan pada pertengahan bulan Oktober akan datang.
Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
26 September 2013

Thursday, 12 September 2013
Kenyataan Akhbar YB Iskandar A. Samad - PENDIDIKAN ANAK-ANAK PELARIAN ROHINGYA : KEMENTERIAN PENDIDIKAN TIDAK BOLEH LEPAS TANGAN.
Statistik terkini menunjukkan terdapat lebih 30,000 pendatang Rohingya di negara kita.
Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak di dalam peringkat umur persekolahan.
Walau bagaimanapun kerana mereka berstatus pelarian, kanak-kanak tersebut tidak boleh memasuki sekolah-sekolah kerajaan.
Sudah tentu mereka juga tidak mampu memasuki sekolah-sekolah swasta.
Akhirnya mereka sama ada tidak bersekolah atau menerima pendidikan di sekolah-sekolah yang diwujudkan oleh komuniti mereka sendiri.
Tidak hairanlah jika sekolah-sekolah ini serba kekurangan.
Sebagai Ahli Dewan Negeri, saya sering menerima permohonan bantuan dari sekolah seperti itu di kawasan saya.
Kekurangan kelengkapan adalah satu masalah tetapi perkara yang lebih besar adalah kurikulum sekolah-sekolah tersebut.
Walaupun kanak-kanak ini bukan rakyat Malaysia tetapi mereka menetap di Malaysia dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
Lebih-lebih lagi kita tidak tahu berapa lama mereka akan menetap di negara ini kerana penindasan ke atas umat Islam di Myanmar tidak kelihatan akan berakhir dalam masa yang terdekat.
Oleh itu, kanak-kanak Rohingya ini wajar diberi pendidikan yang membolehkan mereka menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan.
Mereka juga mesti dididik akan nilai-nilai dan aspirasi rakyat negara ini agar mereka tidak akan menjadi satu masalah kepada negara kita.
Buat masa ini, kurikulum sekolah mereka berteraskan pendidikan bahasa mereka dan pengetahuan agama Islam.
Terdapat juga di antara kanak-kanak ini yang tidak bersekolah langsung atau hanya bersekolah beberapa tahun sahaja.
Masanya telah tiba bagi Kementerian Pendidikan memberi perhatian kepada kanak-kanak Rohingya ini.
Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan kerana tahap pendidikan kanak-kanak ini akan memberi kesan kepada rakyat negara ini.
Kementerian perlu memantau dan mengawal kurikulum sekolah-sekolah ini.
Ia juga wajar menghulurkan bantuan.
Sekarang ini terdapat pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Negeri yang memberi sumbangan.
Kanak-kanak ini tidak memilih untuk menjadi pelarian dan mereka tidak seharusnya dihukum sepanjang hayat mereka.
Y.B. TUAN ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD
EXCO / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor /
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
12 September 2013
Friday, 30 August 2013
KENYATAAN AKHBAR YB ISKANDAR A. SAMAD : SAYA TIDAK AKAN TUNGGU PIHAK POLIS, SAYA AKAN BINA SENDIRI PONDOK POLIS.
Tragedi yang menimpa eksekutif sebuah syarikat penerbangan, Shahrinawati Abu Bakar, yang meninggal dunia setelah disamun di Taman Cempaka, Ampang amat menyayatkan hati.
Sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Chempaka, saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarhamah.
Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.
Juga sebagai Ahli Dewan Negeri, saya merasakan sesuatu yang drastik perlu dilakukan di kawasan tersebut untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.
Pejabat saya telah menerima terlalu banyak aduan tentang kejadian jenayah seperti ragut, samun dan pecah rumah di kawasan-kawasan di sekitar Taman Chempaka.
Pada 22 Julai lepas, lebih kurang 500 meter dari tempat Allahyarhamah disamun, pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang cuba menampal notis pada sebuah gerai haram di Kg Pandan telah diserang dengan parang oleh 7 orang lelaki.
Hingga ke hari ini, tidak ada siapa yang didakwa di mahkamah berhubung kes tersebut tetapi gerai haram yang hendak disampaikan notis itu masih bebas beroperasi.
Sebagai langkah awal, Pejabat saya akan mula membina 5 pondok Polis sepertimana yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013.
Dalam tahun 2008, saya pernah bertanya kepada Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar ketika beliau merupakan Ketua Polis Negeri Selangor tentang hasrat saya untuk membina pondok-pondok Polis. Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada jaminan pihak Polis boleh menempatkan anggota di setiap pondok yang dibina.
Tetapi suasana hari ini telah menjadi tidak terkawal. Saya tidak akan menunggu jaminan pihak Polis. Pembinaan akan dimulakan secara berperingkat-peringkat pada bulan Oktober ini.
Sekiranya pihak Polis tidak dapat menempatkan anggota mereka, terdapat penduduk yang sanggup melakukan rondaan secara sukarela. Pejabat saya juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk yang mahu memastikan keselamatan kawasan dan hartabenda mereka terjamin.
YB Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
30 Ogos 2013
Thursday, 29 August 2013
5 KAWASAN PANGSAPURI DIPILIH UNTUK PROGRAM SEROJA.
SHAH ALAM, 29 OGOS – Lima kawasan pangsapuri di bawah lima pentadbiran PBT di Selangor dipilih untuk dilaksanakan Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) mulai Oktober ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, lima pangsapuri tersebut melibatkan 2,298 unit kediaman dengan jumlah penduduk hampir 10,000 orang.
“Kawasan terlibat ialah Pangsapuri Megah Villa di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Pangsapuri Seri Era Desa Latania di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30 di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pangsapuri Mawar & Cempaka di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pangsapuri Laksamana Jaya A di Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini semalam.
Menurutnya, sebanyak 900 unit kediaman terdapat di Pangsapuri Megahvilla, 315 unit di Pangsapuri Seri Era Desa Latania, 300 unit di Pangsapuri Puchong Permai Blok A27-A30, 613 unit di Pangsapuri Mawar & Cempaka dan 170 unit di Pangsapuri Laksamana Jaya A.
Iskandar berkata, pemilihan dibuat berdasarkan maklum balas dari pelbagai pihak seperti PBT dan pihak polis di mana setiap kawasan akan diperuntukkan geran maksimum RM10,000 setahun untuk menganjurkan program kemasyarakatan.
“Program Seroja ini bukan hanya bertujuan untuk menjaga keselamatan tetapi untuk mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.
“Selain dari itu, setiap kawasan akan juga menerima peralatan-peralatan seperti cota, wisel, lampu suluh dan jaket keselamatan. Untuk tahun 2014, sebanyak 25 lagi akan dilaksanakan program Seroja ini,” katanya.
Beliau berkata, pelancaran bagi lima kawasan untuk tahun ini akan diadakan di salah satu kawasan tersebut akhir September.
Thursday, 22 August 2013
KENYATAAN AKHBAR : PROJEK SURI HIJAU MAMPU JIMATKAN PERBELANJAAN HARIAN.
Projek SURI HIJAU bagi Kawasan Dewan Negeri Chempaka akan dilancarkan oleh isteri Ahli Dewan Negeri (ADN) itu, Puan Salasiah Zakaria pada 25 Ogos 2013 ini jam 12 tengah hari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri ADN tersebut.
Projek ini adalah untuk menggalakkan suri rumah menanam keperluan harian mereka. Di antara tanaman-tanaman yang digalakkan ditanam adalah lada, bawang, serai, halia, kunyit, lengkuas, daun kesum, limau purut, limau kasturi daun pandan dan daun saderi.
Seramai 30 orang suri rumah akan menerima kit permulaan (starter kit) untuk membantu mereka memulakan penanaman.
Selain dari itu, kursus-kursus bimbingan akan dianjurkan bagi memastikan para suri rumah mendapat hasil tanaman yang baik. Pertandingan-pertandingan juga akan dianjurkan untuk memberi galakan kepada para suri rumah yang menyertai projek ini.
Adalah diharapkan agar projek ini akan dapat membantu mengurangkan perbelanjaan harian keluarga mereka yang mengambil bahagian.
Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
23 Ogos 2013
Wednesday, 21 August 2013
KENYATAAN AKHBAR : JMB DAN MC PERLU BINCANG SEGERA BIL-BIL UTILITI YANG TERTUNGGAK.
JMB dan MC yang mempunyai tunggakan bil-bil utiliti seperti SYABAS dan TNB diingatkan agar segera mengadakan perbincangan dengan syarikat yang terlibat supaya pelan pembayaran secara berjadual dapat dipersetujui.
Ini untuk mengelakkan pemotongan yang akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk perumahan bertingkat yang terlibat.
Pejabat ini dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) kerap didatangi oleh JMB dan MC apabila bekalan air atau bekalan elektrik dipotong agar Kerajaan Negeri dapat membantu. Tetapi ketika itu jumlah tunggakan telah menjadi terlalu tinggi dan penduduk akan menghadapi masalah untuk membayar tunggakan tersebut.
Kerajaan Negeri melalui LPHS bersedia untuk menjadi fasilitator di dalam sebarang rundingan di antara JMC atau MC dan syarikat utiliti. Tetapi rundingan mungkin akan memakan masa yang lama sebelum sebarang persetujuan dapat dicapai dan bekalan dapat disambung semula. Oleh itu, lebih mudah sekiranya rundingan dilakukan sebelum pemotongan.
JMC dan MC jangan pula merasa selesa sekiranya potongan tidak dilakukan walaupun jumlah tunggakan semakin bertambah. Pemotongan boleh dilakukan bila-bila masa.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
21 Ogos 2013

Tuesday, 13 August 2013
AKTIVIS MESTI BERUPAYA BERHADAPAN DENGAN CABARAN SEMASA.
Saya masih ingat masa final year bertahun-tahun dahulu saya merupakan wakil pelajar dalam Course Committee di mana sebelum kurikulum dirangka, keperluan industri untuk jangkamasa yang terdekat dikenalpasti. Tujuannya adalah supaya para graduan akan menjadi lebih marketable kepada industri. Supaya mereka mempunyai skill yg diperlukan oleh industri jadi senanglah mereka mendapat pekerjaan. Supaya mereka boleh berhadapan dgn cabaran-cabaran di dalam industri.
Ketika itu ada ura-ura kawasan dermaga ("dock area") di bandaraya kami hendak dibangunkan maka telah dicadangkan final year students didedahkan kepada projek-projek pembangunan semula kawasan dermaga.
Mungkin aktivis-aktivis Parti pun perlu begitu. Selain dari "traditional skills", mereka juga mesti memiliki skill-skill semasa yg membolehkan mereka bersaing di dalam dunia yg terbuka.
Lebih penting bagi kita di Selangor di mana kita adalah kerajaan. Kita tidak mahu aktivis-aktivis kita hebat di antara kita tetapi terpinga-terpinga atau melopong bila bersama rakan-rakan, masyarakat umum atau di dalam kerajaan.
Kita mahu aktivis kita memimpin dan bukan sekadar menjadi Pak Turut sahaja. Tidak kira di apa peringkat sekalipun. Sama ada di peringkat kerajaan negeri, PBT mahupun jawatankuasa penduduk.
Jadi mereka yg merangka kurikulum utk para aktivis kena buka mata luas-luas. Pandang jauh ke hadapan. Pandang jauh ke luar. Setiap zaman ada cabarannya yg tersendiri. Mereka tidak boleh menutup mata kepada cabaran-cabaran ini. Tidak memadai dgn benda yg sama sahaja kemudian mendakwa org kita telah dipersiapkan secukupnya. Dunia berubah setiap saat.
Friday, 9 August 2013
TEKANAN DARI DALAM PARTI.
Dari komen FB, reposted : Memang saya akui YB-YB memang menerima TEKANAN dari org2 Parti utk dahulukan org Parti bila hendak menyampaikan sumbangan. Walaupun ada bukan org Parti yg lebih layak.
Alasannya org2 Parti tolong menangkan YB jadi YB kena tolong org Parti dulu.
Ini berlaku dalam semua Parti. Sudah tentu dalam Umno. Dan berlaku juga dalam PAS.
Jadi YB-YB kena ada "a strong sense of accountability". Akhirnya yg kena jawab YB sorang-sorang. Sama ada atas dunia atau dalam kubur.
Jadi buat yg betul. Takde org nak tolong dalam kubur kelak. Kalau kena maki pun, kejap aje atas dunia ni. Dalam neraka kho lidi nafi ha abada.

CABARANNYA ADALAH MENCARI YANG BENAR-BENAR LAYAK.
Pada saya cabaran utama utk menyampaikan bantuan adalah bukan jumlah wang yang perlu diperuntukkan tetapi utk mencari org yg betul2 layak utk menerima bantuan.
Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kpd mereka yg tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.
Saya juga percaya mereka yg betul2 layak atau atau betul2 melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan utk dtg berjumpa YB, Nazir Masjid, Pengerusi Surau, Penghulu atau Ketua Kg.
Sama ada tak kenal mereka, segan, takde duit tambang, takde kenderaan, takde handphone nak tel atau sms, malu nak cakap atau semata-mata bependirian tak mahu menyusahkan org.
Adalah menjadi tugas kita utk turun padang cari DARI PINTU KE PINTU.
Tetapi agak susah sebab org yg betul2 melarat sebenarnya mempunyai jati diri yg tinggi. Mereka tak mahu ke depan.
Mungkin ramai yg tak percaya bahawa kami pernah jumpa sekeluarga yg berbuka puasa dgn nasi dan kicap sahaja! Ini cerita benar! Berlaku di tempat kita.
MUNGKIN RAMAI LAGI YG TAK PERCAYA KALAU SAYA BERITAHU ADA SEORANG PELAJAR MELAYU SEKOLAH RENDAH YG TERLAMPAU LAPAR SEHINGGA TERPAKSA MAKAN CICAK DI SEKOLAH!
KETIKA PELAJAR2 LAIN KE KANTIN, BELIAU MENCARI CICAK UTK DIMAKAN.
INI CERITA BETUL, BERLAKU DI KL BUKAN DI CONGO ATAU ZIMBABWE.
HANYA SETELAH PERISTIWA ITU BARULAH GURU2 SEKOLAH TERSEBUT TAHU AKAN BETAPA MELARATNYA KELUARGA BUDAK TERSEBUT.
TETAPI SEBELUM ITU DIA TAK PERNAH BERITAHU APA2 KPD GURU2.

Subscribe to:
Posts (Atom)