SHAH ALAM, 1 Mac 2012 – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.
"Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas.
"Pas tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam," katanya.
Katanya, orang bukan Islam perlu memeluk Islam dan menjadi ahli Pas sebelum boleh diberi jawatan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu hanya sekadar teori dan sukar dilaksanakan pada masa sekarang.
"Saya kira Pas patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang," katanya.
Menurutnya, kekangan daripada perlembagaan menyebabkan Pas tidak boleh menerima bukan Islam memegang jawatan tertinggi parti berkenaan, tetapi tidak boleh meramalkan apa yang boleh berlaku pada masa hadapan.
"Kalau tanya saya sekarang, ia tidak boleh. Jika bukan Islam berminat dengan Pas, mereka disyorkan menganggotai Dewan Himpunan Penyokong Pas, tetapi tetap tidak boleh memegang jawatan timbalan presiden," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meminta penjelasan daripada Dzulkefly mengenai perkara itu, beliau akan berbuat demikian jika berjumpa dengannya.
Dr Dzulkefly membuat kenyataan itu dalam Wacana Sinar Harian bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah?' kelmarin. - Sinar Harian





Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata demikian setelah menerima aduan daripada orang ramai bahawa terdapat pihak menawarkan borang berkenaan dengan harga setinggi RM300.
Sebaliknya menurut beliau semua permohonan diproses oleh Lembaga Perumahan.



Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina. Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.
"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.
Ditanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.
"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."
