Saturday, 23 June 2012

LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA MENURAP JALAN DAN MEMBAIKPULIH INFRASTRUKTUR DI DALAM KAWASAN DEWAN NEGERI CHEMPAKA.

Satu lawatan tapak untuk perkara di atas akan dilakukan oleh YB Iskandar A. Samad sepertimana berikut,

Tarikh : 25 Jun 2012 ( Isnin )
Masa : 3.00 petang
Tempat berkumpul : Restoran D'Klasik, Jalan Chempaka 8, Taman Chempaka, 68000 Ampang. ( Dekat Axis Atrium ).

Sebanyak 6 kawasan telah terlibat dengan kerja-kerja menurap jalan dan membaikpulih infrastruktur di bawah peruntukan MARRIS tahun ini. YB Iskandar mahu melihat sendiri kualiti kerja yang telah dilaksanakan.

Wartawan dan jurufoto dijemput untuk membuat liputan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Haji Suhaimi di 019 759 8622.


Nurliyana Zainal
Pegawai Khas
Kepada YB Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
23 Jun 2012