Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penubuhan satu tabung khas untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai.
Tabung ini yang dinamakan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) akan memiliki dana sehingga RM20 juta.
Dana ini akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
Kos pemulihan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan pembeli.
Peratus kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan pembeli untuk memulihkan sesuatu projek terbengkalai adalah seperti berikut :
( i.) Rumah Kos Rendah (RM35,000 hingga RM42,000) - 100 peratus Kerajaan Negeri / 0 peratus pembeli.
( ii.) Rumah Kos Sederhana Rendah (RM72,000) - 80 peratus Kerajaan Negeri / 20 peratus pembeli.
( iii.) Rumah Kos Sederhana (RM100,000) - 70 peratus Kerajaan Negeri / 30 peratus pembeli.
( iv.) Harga jualan RM101,000 hingga RM200,000 - 40 peratus Kerajaan Negeri / 60 peratus pembeli.
( v.) Harga jualan RM201,000 hingga RM300,000 - 30 peratus Kerajaan Negeri / 70 peratus pembeli.
Walau bagaimanapun tabung ini akan mengutamakan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana.
Setakat ini 4 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan hampir 1,000 unit kediaman telah dikenalpasti untuk dipulihkan.
Projek-projek lain akan dikenalpasti selepas ini.
Penubuhan tabung ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa-mangsa projek terbengkalai. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang bertujuan untuk membantu pemaju dan pembeli projek terbengkalai mencari jalan penyelesaian.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
23 Oktober 2014
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor & Ahli Dewan Negeri Chempaka (N21)
Thursday, 23 October 2014
Tuesday, 30 September 2014
Wednesday, 20 August 2014
PEMBAYARAN SMUE DITERUSKAN SEPERTI BIASA.
Pembayaran untuk fasa pertama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu RM1,000 akan diteruskan seperti biasa.
Pembayaran adalah melalui saluran biasa iaitu Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri (KDN) Pakatan Rakyat.
Tidak pernah ada arahan dari kerajaan negeri untuk menggantung program ini.
Untuk sebarang pertanyaaan orang ramai bolehlah menghubungi ADN Pakatan Rakyat atau Penyelaras KDN Pakatan Rakyat mereka. Mereka juga boleh menghubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd di 03-5510 3468 / 3472 (En Mohd Fauzi Nordin).
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
21 Ogos 2014

Tuesday, 19 August 2014
TABUNG L'CERIA : RM5 JUTA KHUSUS UNTUK BAIKPULIH LIF.
Kerajaan negeri Selangor hari ini telah memanggil kontraktor-kontraktor lif utama di negara ini bagi membincangkan masalah lif-lif di rumah kos rendah.
Pertemuan telah dipengerusikan Menteri Besar serta dihadiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar YB Iskandar A. Samad dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Puan Norzaton Aini Mohd. Kassim.
Minggu lepas kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan tabung L'CERIA bertujuan untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah membaik pulih lif-lif mereka. Had tabung ini telah ditetapkan pada RM5 juta.
Sejak 2012 kerajaan negeri telah menubuhkan Tabung Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA bagi membantu penduduk pangsapuri kos rendah membaikpulih pangsapuri mereka. Lebih RM13 juta telah dibelanjakan bagi Fasa 1.
Pada awal tahun ini kerajaan negeri juga telah juga meluluskan had bagi tabung ini sebanyak RM13 juta.
Walau bagaimanapun 70 peratus dari peruntukan ini akan digunakan untuk membaikpulih lif. Oleh itu satu tabung baru perlu diwujudkan khusus untuk lif.
Ini bermakna Tabung CERIA adalah semata-mata untuk kerja-kerja baikpulih selain dari lif seperti membaikpulih bumbung, tangki air dan paip air serta mengecat bangunan.
Pertemuan dengan kontraktor-kontraktor hari ini telah dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Maka dengan itu kerja-kerja baikpulih yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
19 Ogos 2014
LAWATAN KE BILIK GERAKAN SEROJA PANGSAPURI KENANGA, BUKIT BERUNTUNG.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad telah mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan SEROJA (Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan) Pangsapuri Kenanga, Bukit Beruntung pada 17 Ogos lepas.
SEROJA adalah seperti Rukun Tetangga yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor di pangsapuri-pangsapuri kos rendah.
Setiap skim yang diwujudkan akan mendapat peruntukan RM10,000 setahun bagi menganjurkan program-program kemasyarakatan.
Peserta SEROJA yang menjalankan rondaan dilindungi oleh kerajaan negeri jika berlaku kecederaan, kemalangan atau musibah.
Sasaran untuk tahun hadapan adalah memastikan 50 kawasan pangsapuri kos rendah akan menyertai SEROJA.
Untuk tahun ini 5 kawasan pangsapuri telah menyertai skim ini dan 10 kawasan telah diluluskan untuk dilaksanakan.
Skim ini bukan hanya bertujuan untuk mengurangkan kejadian jenayah dan vandalisme tetapi dapat mewujudkan semangat kerjasama di kalangan penduduk.
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
19 Ogos 2014.
Thursday, 3 July 2014
DARI CORETAN YDP SIRI 59 : SEBUAH BASIKAL CHOPPER.
Saya masih ingat ketika Darjah 5 di mana saya teringin sangat hendak memiliki
sebuah basikal berjenama "Chopper”. Ketika itu ramai rakan-rakan di
Seksyen 14, Petaling Jaya atau di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya memiliki
basikal tersebut.
Walau bagaimanapun hajat saya tidak kesampaian kerana saya tidak dibelikan basikal "Chopper" tetapi basikal yang seperti "Chopper". Walaupun bentuknya seperti "Chopper" tetapi ia tetap bukan "Chopper". Saya tidak ingat apakah jenamanya, mungkin "Dragon" atau "Crane".
Saya tidak faham kenapa ibu bapa saya tidak membeli jenama "Chopper". Ia hanya beberapa puluh ringgit lebih mahal dari jenama yang ibubapa saya belikan. Ibubapa saya boleh membeli barang yang lebih mahal dari basikal tersebut tetapi tidak mahu membeli basikal "Chopper" saya.

Selama beberapa tahun saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dibelikan
basikal berjenama tersebut. Saya hanyalah faham setelah saya mempunyai sumber
pendapatan sendiri dan menguruskan kewangan saya sendiri.
Barulah saya tahu betapa penting setiap ringgit dan setiap sen. Ada perkara yang terpaksa didahulukan dan ada yang terpaksa ditangguhkan. Harga bukanlah pemutus sesuatu keputusan tetapi keperluan itu lebih penting.
Saya pelajari realiti ini pada tahun pertama saya di UK untuk menduduki peperiksaan A-Levels. Surat dari bank yang memaklumkan bahawa akaun saya telah "OD" atau "Overdraft" amat mengejutkan saya. Saya telah mengeluarkan duit melebihi duit yang ada di dalam akaun saya.
Kita hanya akan memahami bagaimana hendak menguruskan duit sekiranya kita pernah menguruskan duit. Begitu juga dengan duit kerajaan. Selagi kita tidak pernah menguruskannya, kita tidak akan memahami.

Ketika sebelum menjadi kerajaan, kita merasakan kerajaan mempunyai
begitu banyak duit. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan barulah kita tahu
bahawa kita hanya boleh berbelanja menurut had-had yang ditetapkan oleh bajet-bajet
yang diluluskan.
Ada bajet kerajaan negeri, ada bajet Exco, ada bajet jabatan, ada bajet Pihak Berkuasa Tempatan, ada bajet ahli Majlis malah JKKK pun patut ada bajetnya sendiri.
Contohnya bagi potfolio saya, pasukan saya dan jabatan yang terlibat akan merancang beberapa bulan sebelum belanjawan dibentang di Dewan Negeri. (Selangor mengekalkan istilah belanjawan dan tidak menggunakan istilah bajet) Projek-projek dan program-program dirancang untuk satu tahun. Exco-Exco terpaksa "bersaing" untuk mendapatkan dana. Pendapatan Selangor kurang dari RM2 bilion setahun maka berebutlah Exco-Exco dan jabatan-jabatan.

Walau bagaimanapun jika terdapat program-program baru setelah belanjawan
diluluskan maka pasukan Exco atau jabatan beliau perlulah bijak mengenalpasti
sumber-sumber peruntukan yang boleh digunakan. Kadang-kala jika peruntukan itu
telah digunakan oleh Exco atau jabatan yang lain maka terpaksalah menunggu sehingga
belanjawan akan datang. Inilah realiti berkerajaan. Tidak ada duit yang
bergunung-gunung yang boleh dibelanjakan sesuka-hati. Ada perancangan dan ada
disiplin.
Memang susah hendak memberi kefahaman kepada rakyat kecuali rakyat itu
sendiri terlibat di dalam pengurusan kewangan. Contohnya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) menetapkan bajet atau peruntukan untuk membaikpulih jalan. Apa
akan jadi jika peruntukan ini habis dibelanjakan pada pertengahan tahun? Rakyat
akan tetap menuntut jalan-jalan dibaikpulih.
Oleh yang demikian, adakah PBT itu akan memberitahu rakyat bahawa
peruntukan tahun ini telah habis dan rakyat perlu bersabar sehingga tahun
hadapan? Atau meminjam dari bank? Atau meminjam dari kerajaan negeri? Atau
memindahkan dana dari peruntukan-peruntukan lain yang kurang kritikal? Ataupun
menggunakan rizab PBT?
Tetapi bukan semua PBT memiliki rizab. Ada PBT yang terpaksa memohon
bantuan dari kerajaan negeri untuk membayar gaji kakitangan. Ini berlaku bukan
kerana tidak pandai mengurus tetapi oleh kerana hasil PBT terlalu rendah.
Tetapi ada juga PBT yang mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi seperti
dari cukai pintu, cukai ini dan cukai itu, fi ini dan fi itu, tetapi terdapat
mereka yang enggan membayarnya. Maka akhirnya rakyat akan dinafikan
perkhidmatan yang mereka patut terima kerana pendapatan PBT telah berkurangan.
Pusat Khidmat Ahli-Ahli Dewan Negeri juga mempunyai bajet atau
perancangan perbelanjaannya tersendiri. Perbelanjaan peruntukan dari kerajaan
negeri dirancang untuk 1 tahun. Kita telah masuk penggal kedua, semua Pusat
Khidmat sepatutnya ada bajet mereka.
Di Chempaka, bajet ini menyenaraikan kesemua perbelanjaan untuk 1 tahun.
Setiap program, sumbangan, projek-projek infrastruktur dan
perbelanjaan-perbelanjaan lain akan disenaraikan.
Had perbelanjaan untuk program-program besar seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, sumbangan perayaan masyarakat
India dan perayaan-perayaan lain, sumbangan persekolahan "Back To
School", majlis meraikan jemaah Haji, sambutan Hari Kemerdekaan, Karnival
Rakyat, Sukan Rakyat, Forum Perdana, sambutan Hari Guru dan banyak lagi
ditetapkan untuk 1 tahun.
Selain dari itu terdapat program-program kemasyarakatan di mana masjid,
surau, persatuan penduduk atau NGO-NGO boleh memohon untuk menganjurkannya.
Sejumlah peruntukan ditetapkan setiap tahun tetapi ianya berdasarkan
"siapa cepat dia dapat".
Sumbangan khusus contohnya kepada masjid-masjid dan surau-surau sempena Ramadhan,
sekolah-sekolah, institusi-institusi pelbagai kaum dan NGO-NGO juga ditetapkan
lebih awal.
Sumbangan-sumbangan kepada individu pula ditetapkan jumlahnya bagi
setiap bulan. Jumlah yang boleh dihulurkan setiap bulan ditetapkan hadnya.
Kelulusan adalah berdasarkan keperluan
atau "siapa cepat dia dapat". Sekiranya peruntukan untuk sesuatu
bulan itu telah kehabisan walhal masih terdapat lagi pemohon yang layak maka
peruntukan akan diambil dari bajet bulan hadapan. Tetapi peruntukan untuk bulan
hadapan akan berkurangan
Sementara projek-projek infrastruktur, penyediaan kemudahan awam,
sumbangan perlatan atau membaikpulih itu dan ini selalunya melalui peruntukan
kerajaan negeri seperti program CERIA, Pejabat Daerah, MAIS, JAIS atau Lembaga
Zakat jika kosnya terlalu tinggi. Pusat Khidmat juga ada menyediakan bajet
tetapi amatlah terhad.
Oleh itu, semua perbelanjaan dirancang. Ia melibatkan pelbagai perkara. Tidak
ada duit yang bergunung-gunung yang boleh dibelanjakan tanpa had. Maka janganlah
pula ada yang menjadi seperti budak Darjah 5 yang tidak memahami kenapa tidak
dibelikan basikal “Chopper”.
SELAMAT BERJUANG
Iskandar
Abdul Samad
Yang
Dipertua PAS
Kawasan
Pandan
Tel : 03
9283 3835
Emel :
isksmd@gmail.com
Blog :
iskandar56100.blogspot.com
6 Syaaban 1435 / 4 Jun 2014
DARI CORETAN YDP Siri 60 : CAMEROON OH CAMEROON....
Ketika coretan ini ditulis 3 negara telah disahkan akan pulang awal dari kejohanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil kerana telah kalah 2 perlawanan. Negara-negara itu adalah pemenang kejohanan yang lepas, Sepanyol, Cameroon dan Australia.
Mungkin ramai yang terkejut akan nasib yang menimpa Sepanyol dan ramai juga yang mengandaikan pemain-pemain negara itu telah menjual perlawanan mereka. Kalau benar, memang hebat bookie-bookie yang terlibat. Mungkin dari Malaysia agaknya.
Walau bagaimanapun, pada saya iktibar yang patut kita ambil adalah nasib yang menimpa Cameroon. Tentang Australia, tidak ramai yang menjangkakan mereka boleh pergi jauh walaupun negara itu mempunyai ramai pemain yang beraksi di Eropah. Terdapat kisah yang tersendiri bagi Cameroon yang boleh menjadi pengajaran kepada kita semua.
Cameroon pertama kali menyertai Piala Dunia dalam tahun 1982 di Sepanyol. Mereka tidak pernah kalah pada kejohanan tersebut. Mereka seri 3 kali tetapi telah tersingkir.
Pada edisi 1990 mereka telah mengejutkan dunia. Dalam perlawanan pembukaan mereka mengalahkan juara bertahan Argentina. Mereka mara sehingga ke suku akhir dan pemain-pemain khususnya Roger Milla menjadi idola peminat-peminat bolasepak.
Selepas itu negara-negara Afrika tidak lagi dipandang rendah di pentas dunia. Nigeria, Senegal, Ivory Coast dan Ghana telah memberi cabaran kepada negara-negara Eropah dan Amerika Latin. Malah legenda bolasepak Brazil, Pele pernah membuat ramalan bahawa sebuah negara Afrika akan menjadi juara Piala Dunia. Tetapi ini belum berlaku walaupun bintang-bintang Afrika telah berjaya menempah nama di liga-liga utama di Eropah. Mungkin kisah di sebalik kegagalan pasukan Cameroon tahun ini boleh menjadi petunjuk.
Persediaan Cameroon ke Piala Dunia tahun ini diselubungi kontroversi. Berlaku pertelingkahan di antara pemain-pemain dan persekutuan bolasepak negara itu. Punca pertelingkahan tersebut adalah mungkin punca pertelingkahan yang berlaku di dalam hampir 90 peratus pertelingkahan di atas muka bumi ini. Duit, wang, benda, harta dan perkara-perkara yang sejenis dengannya.
Di dalam kes Cameroon, pembayaran kepada pemain-pemain untuk beraksi di Brazil menjadi punca pertelingkahan tersebut. Keadaan menjadi begitu parah apabila selepas perlawanan akhir sebelum ke Brazil, pemain-pemain enggan menerima bendera negara mereka daripada Presiden Cameroon. Mereka berkampung di dalam bilik persalinan stadium maka terpaksalah jurulatih pasukan bolasepak negara itu yang berbangsa Jerman menerima bendera tersebut.
Penyerahan bendera sebelum mana-mana pasukan ke kejohanan sukan yang besar dianggap sebagai satu majlis simbolik yang penting di seluruh dunia. Bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi di peringkat negeri juga ia berlaku.
Sebelum pasukan SUKMA Negeri Selangor berlepas ke Perlis tahun ini, Menteri Besar Selangor telah menyerahkan bendera kepada ketua kontinjen. Bayangkan apa akan terjadi jika ketua kontinjen bersama-sama atlet-atlet enggan menghadiri majlis penyerahan bendera oleh Menteri Besar? Perkara yang seperti ini telah berlaku di Cameroon.
Oleh itu, tidak menghairankan apabila pasukan itu tersingkir dari kejohanan bolasepak berprestij tersebut. Habuan kewangan telah diletakkan lebih tinggi dari maruah negara. Pasukan-pasukan lain bermain bermati-matian untuk menaikkan nama negara mereka tetapi nampaknya pemain-pemain Cameroon itu bermain untuk mendapatkan bonus walaupun ramai dari mereka menerima gaji yang tinggi bermain di liga-liga utama di Eropah.
Apabila mereka enggan menerima bendera itu, mereka telah gagal menghormati bukan sahaja Presiden tersebut tetapi negara mereka dan seluruh rakyat Cameroon. Tindakan mereka ini telah dikecam oleh akhbar-akhbar republic Afrika itu. Tetapi apakah pengajaran dari keangkuhan ini?

Pengajaran pertama adalah kepentingan diri perlu diketepikan demi kepentingan ramai. Matlamat ramai itu lebih penting dari matlamat individu. Sama ada di dalam sebuah negara ataupun sebuah organisasi, matlamat atau kepentingan ramai itu perlu diutamakan.
Nasib yang menimpa Cameroon mungkin telah berlaku apabila kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ramai. Saya tidak mengatakan bahawa pemain-pemain Cameroon telah menjual perlawanan kerana tidak mendapat bonus yang diinginkan. Tetapi suasana yang tidak harmoni itu telah membuka ruang kepada pelbagai spekulasi.
Di dalam dunia ini memang terdapat ramai yang sanggup melihat matlamat yang lebih besar gagal semata-mata kerana mereka gagal mencapai matlamat peribadi mereka.
Contoh di dalam politik, oleh kerana tidak mendapat projek atau peruntukan dari kerajaan negeri mungkin ada yang mendoakan Pakatan Rakyat kalah di Selangor.
Janganlah juga kita merasakan diri kita lebih besar dari apa saja organisasi yang kita anggotai.
Apa yang berlaku kepada Cameroon bukanlah kali pertama di dalam pentas Piala Dunia. Pertelingkahan di antara pemain dan persekutuan bolasepak mereka pernah berlaku sebelum ini. Inilah akibatnya apabila terdapat pemain-pemain yang merasakan diri mereka lebih besar dari negara mereka.
Pada edisi 1974 di Jerman dan 1978 di Argentina, pemain-pemain Belanda memakai 2 jenis jersi. Walaupun jersi mereka masih berwarna oren tetapi ada yang mempunyai 3 jalur dan ada yang mempunyai 2 jalur. Mungkin ini kali pertama sebuah pasukan memakai 2 jenis jersi di dalam satu perlawanan.
Inilah gara-gara untuk memuaskan hati pemain-pemain yang ditaja oleh syarikat yang berbeza. Ada yang ditaja oleh Adidas dan yang ditaja oleh Puma. Ada yang mengugut untuk tidak bermain jika tidak dapat memakai jenama jersi pilihan mereka.
Pada Kejohanan Eropah di Belgium tahun 1980 pula persekutuan bolasepak negara itu hanya menyediakan satu jenis jersi iaitu jersi Adidas dengan 3 jalur. Tetapi terdapat memain yang memprotes dengan menutup lambang Adidas pada baju mereka dengan pita plastik.
Generasi pemain-pemain Belanda ketika itu dikatakan yang terbaik pernah dihasilkan dengan legenda-legenda seperti Johan Cruyff, Johan Neesken dan Johnny Rep. Tetapi mereka gagal meraih sebarang kejuaraan walaupun telah memasuki perlawanan akhir di Jerman dan Argentina. Mungkin sikap pemain-pemain adalah penyebabnya.
Begitulah juga sebuah organisasi. Mungkin terdapat individu-individu yang hebat tetapi tanpa sikap yang betul tidak akan tercapai matlamat.
SELAMAT BERJUANG
Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
Tel : 03 9283 3835
Emel : isksmd@gmail.com
Blog : iskandar56100.blogspot.com
Friday, 30 May 2014
KRONISME DALAM JUALAN RUMAH BUKIT BOTAK : PKNS AKAN BERI PENJELASAN.
Pejabat ini telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang jualan rumah berkembar di Selayang Mutiara yang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Projek tersebut adalah untuk menempatkan semula para peneroka Bukit Botak.
Sejumlah 1,422 rumah telahpun siap dibina. Dari jumlah itu, 1,196 unit telah diperuntukkan untuk peneroka bandar sementara 79 unit disimpan untuk peneroka bandar yang tercicir.
Ini bermakna terdapat baki 147 unit dibuka jualan untuk orang awam. Walau bagaimanapun terdapat aduan tentang cara penjualan rumah-rumah tersebut.
Terdapat yang mendakwa PKNS telah gagal menguruskan dengan teratur orang ramai yang datang untuk membeli rumah-rumah itu. Mereka mendakwa terpaksa menunggu semalaman di hadapan pejabat jualan PKNS.
Ada yang juga mendakwa kriteria pemilihan pembeli rumah adalah tidak jelas dan ini boleh menimbulkan amalan kronisme.
Pejabat ini telah memaklumkan pihak PKNS tentang perkara ini. Beberapa siri mesyuarat telah turut diadakan bersama PKNS, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang.
Sehubungan itu, PKNS akan memberikan penjelasan di dalam masa yang terdekat.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
29 Mei 2014

Wednesday, 28 May 2014
Dari Coretan 57 .....KISAH BUDAK BELANDA.
Bulan lepas terdapat berita yang menggemparkan dari negara Belanda di mana kerajaan di sana bercadang menutup 19 buah penjara kerana bilangan banduan yang tidak mencukupi.
Menurut berita tersebut kadar jenayah di negara Eropah itu telah menurun dan terdapat 9,710 banduan berbanding dengan 9,914 pegawai penjara. Terdapat lebih ramai pegawai penjara dari banduan.
Ini berbeza dengan Amerika Syarikat di mana bilangan banduan adalah 5 kali ganda bilangan pegawai penjara. Saya telah cuba mencari maklumat yang sama bagi Malaysia tetapi masih belum berjumpa hingga ke saat ini.
Selain dari kadar jenayah yang berkurangan, negara Belanda telah memperkenalkan system “electronic tagging” di mana pesalah jenayah ringan dibenarkan pulang ke rumah dan bekerja seperti biasa tetapi setiap gerak-geri mereka dipantau.
Saya bukanlah pakar tentang negara Belanda. Ramai dari kita tidak mengetahui banyak perkara tentang negara itu. Yang kita tahu mereka adalah penjajah yang cukup kejam. Mereka adalah bangsa yang menipu sehingga ada peribahasa, “Seperti Belanda minta tanah”. Tetapi mereka juga pencipta “Total Football” dengan pemain-pemain seperti Johan Cruyff dan Johan Neesken yang hampir memenangi Piala Dunia dalam tahun 1974 dan 1978.
Saya juga tidak tahu sama ada negara itu benar-benar aman atau tidak kerana pernah hanya 2 kali sampai ke sana. Yang pertama dalam tahun 1981 ketika masih menuntut di UK. Amsterdam, bandaraya yang saya lawati tidaklah kelihatan bebas dari jenayah. Terdapat pengedar yang cuba menjual ganja kepada para pelancong secara terbuka.
Kali kedua adalah dalam tahun 2011 di mana saya telah singgah di Lapangan Terbang Schipol dalam perjalanan ke Helsinki, Finland.
Ketika kapal terbang hendak mendarat pada waktu subuh yang masih gelap, saya dapat melihat “rumah-rumah hijau” atau “greenhouse” yang diterangi oleh lampu-lampu di sekitar kawasan lapangan terbang
Ketika itu musim sejuk, di dalam “greenhouse” yang terang dan panas itu ditanam bunga, sayur dan buah-buahan. Para petani dapat mengawal cahaya, suhu dan bekalan air supaya mereka mendapat hasil-hasil pertanian sepanjang tahun.
Begitu berusahanya orang Belanda. Di Malaysia, kita mendapat bekalan air dan cahaya matahari yang mencukupi tetapi masih terdapat banyak tanah-tanah yang terbiar. Kita dianugerahkan dengan pelbagai nikmat tetapi tidak tahu menggunakannya.
Melihat usaha orang Belanda maka tidak hairan mereka dapat menjajah Indonesia yang berkali-kali ganda lebih luas dari negara mereka. Malah Belanda bukan sahaja negara yang kecil tetapi sebahagian dari negara itu adalah di bawah paras laut. Mereka terpaksa membina tembok-tembok di tepi laut untuk mengelakkan negara mereka dari ditenggelami air.
Kita mungkin pernah mendengar cerita rakyat negara itu tentang seorang kanak-kanak yang terjumpa dengan satu lubang pada salah satu tembok tersebut. Air laut sedang mengalir mencurah-curah dari lubang tersebut.
Budak itu perlu berbuat sesuatu. Untuk meminta tolong atau menyumbat lubang itu. Sekiranya beliau pergi mendapatkan pertolongan, lubang tersebut mungkin akan membesar dan terus membesar. Akhirnya tembok itu mungkin akan pecah dan tenggelamlah seluruh bandar.
Beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menyumbat lubang itu dengan ibu jari beliau sehingga ada orang yang tiba.
Kanak-kanak itu mungkin kesejukkan atau kelaparan tetapi sekiranya beliau tidak menyumbat lubang itu, kemungkinan besar bandar tersebut akan ditenggelami air dan ramai yang akan terkorban.
Menurut cerita, budak itu telah menyumbat lubang itu semalaman hingga ke esok pagi apabila apabila beliau dijumpai oleh penduduk bandar yang keluar mencari. Ketika itu beliau sedang kesejukan dan kelaparan.
Situasinya tidak ideal. Jika beliau seorang dewasa atau tidak kelaparan atau mempunyai baju yang lebih tebal, sudah tentu beliau dapat bermalam dengan lebih selesa. Tetapi situasi yang ideal tidak selalu akan wujud dalam kehidupan.
Ramai di antara kita yang mungkin akan berhadapan dengan situasi yang sama seperti kanak-kanak itu. Kita mungkin terpaksa memikul satu tanggungjawab walaupun kita bukanlah orang yang paling layak. Situasinya juga tidak ideal seperti situasi budak tersebut. Tetapi adakah kita akan lari dari tanggungjawab atau menerima cabaran seperti budak Belanda yang telah berjaya menyelamatkan sebuah bandar?
Saya kerap cuba memujuk ahli-ahli Cawangan untuk menghidupkan Cawangan mereka. Ada yang saya pujuk supaya menjadi pimpinan Cawangan atau sebagai aktivis Cawangan sahaja. Tetapi ada yang menolak permintaan itu dengan alasan-alasan kononnya mereka tidak layak, ada yang lebih layak atau mereka bukan Ustaz.
Walaupun Cawangan mereka akan mati atau terus lemah, mereka tidak peduli. Tidak ada semangat juang seperti kanak-kanak Belanda itu.

Tetapi adakah saya marah? Atau kecewa? Tentu sekali tidak. Cerita kanak-kanak itu berlaku di Belanda. Budak itu berbangsa Belanda. Satu bangsa yang telah menakluki lautan samudera untuk membuka tanah jajahan beribu-ribu batu dari kampung halaman mereka. Walhal mereka yang cuba saya pujuk itu adalah orang Melayu yang pernah dijajah lebih dari 500 tahun. Sudah tentu mentaliti dan semangat juang mereka adalah berbeza. Kecuali terdapat semangat ingin berubah.
Iskandar A Samad
Sunday, 11 May 2014
CORETAN YDP SIRI 55 - JADILAH SEORANG NEGARAWAN.
Pada 5 Mei
Isnin lepas maka genaplah satu tahun PRU 13. Satu pilihan raya yang amat
menakjubkan dengan keputusan-keputusan sekali seumur hidup (once in a lifetime
results).
Bagi kita di Selangor, majoriti di bawah 5,000 dikira kecil. Majoriti tertinggi PAS adalah lebih 16,000 di Seri Serdang. Bagi Chempaka, majoriti kita meningkat dari lebih kurang 1,000 sehingga hampir 10,000
GELOMBANG
ABU
Ada yang berkata
keputusan ini adalah hasil dari kerja keras di peringkat akar umbi. Tetapi ada
yang berkata bahawa ia adalah akibat gelombang yang melanda seluruh negara.
Gelombang ABU. Gelombang "Asalkan Bukan UMNO" atau "Gelombang
Anything But Umno". Mereka berpandangan tidak ada seorangpun yang boleh
mendabik dada merekalah yang bekerja begitu keras sehingga mendapat majoriti
7,000, 10,000 atau 16,000. Kesemuanya adalah tsunami rakyat menolak UMNO dan
BN.
Tetapi pada saya tidak mustahil untuk kita melihat senario yang sama berulang lagi. PRU 2013 mungkin merupakan puncak pencapaian Pakatan Rakyat atau merupakan titik bermulanya kepupusan BN.
Jika ia
merupakan kemuncak bagi Pakatan Rakyat maka selepas ini BN akan bangkit
kembali. Tetapi pada hakikatnya MCA, MIC dan Gerakan dalam keadaan hidup
segan mati tidak mahu. Parti-parti komponen BN tidak pupus semata-mata kerana
BN adalah kerajaan di peringkat Persekutuan dan di Negeri-Negeri. Tanpa
kerajaan, mereka mungkin telah pupus seawal 2008.
SILAT,
KOMPANG, YAASIN DAN MARHABAN
Walau
bagaimanapun jangan pula PAS merasa terlalu selesa. Memang benar kita susah hendak
melihat bendera UMNO berkibar megah lagi tetapi UMNO hari ini bergerak begitu
aktif melalui NGO-NGO.
Kumpulan
silat dan kumpulan kompang digunakan untuk menarik belia-belia kepada
UMNO. Kumpulan Yaasin dan Marhaban pula digerakkan oleh UMNO untuk
menguasai kaum wanita. Apabila tiba pilihan raya, mereka akan menjadi tenaga
kerja yang penting untuk BN.
Secara
kebetulan silat, kompang, aktiviti Yaasin dan Marhaban kurang menarik minat
aktivis-aktivis PAS. Kalau ada yang minat ia tidak konsisten atau penglibatan
mereka bukan kerana minat tetapi untuk memenuhi agenda politik.
Minat tidak
boleh dibuat-buat. Orang yang meminati silat tahu siapa yang meminati silat
atau hanya berpura-pura. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Maka
akhirnya ini akan membuka seluas-luas ruang kepada UMNO untuk menguasai
bidang-bidang tersebut dan seterusnya menguasai mereka yang terlibat dengannya.
HARAPAN
YANG TINGGI
Dengan sokongan
rakyat yang berlipat-kali ganda kepada Pakatan Rakyat bermakna rakyat mempunyai
harapan yang tinggi. Tambahan pula di Selangor, kita telah memasuki penggal
kedua. Tidak boleh memberi alasan kita masih memerlukan masa. Masih belajar.
Atau masih banyak yang kita tidak tahu.
Walaupun 5
tahun sebagai kerajaan adalah satu tempoh yang singkat namun rakyat mahukan
semua masalah-masalah mereka diselesaikan. Mereka tidak mahu tahu sama ada ia
akan mengambil masa atau ia memerlukan peruntukan yang menjangkau kemampuan.
SERANGAN
DARI LUAR DAN DALAM
Tugas ini bertambah
berat apabila terdapat serangan bertubi-tubi daripada BN dan media mereka. Satu
demi satu isu timbul sama ada yang sengaja diperbesarkan atau yang sengaja dicipta.
Semuanya mesti dilayan dan boleh mengakibatkan Exco, ADUN atau Ahli Majlis hilang
fokus.
Selain dari
itu, sekiranya terdapat perbalahan dalaman yang akan mewujudkan beberapa
kumpulan yang bertelagah maka akan berlaku serang-menyerang yang akan mengalih
tumpuan.
Ini
bermakna mereka terpaksa bersilat dengan orang luar atau orang dalam. Kesannya
adalah besar. Contohnya dalam isu air, masa yang sepatutnya digunakan untuk
melaksanakan atau merancang agenda-agenda rakyat terpaksa digunakan untuk
menjawab segala serangan BN dan serangan dari kelompok-kelompok dalaman yang bertelagah.
Apabila ini
berlaku maka yang akan rugi adalah rakyat. Sokongan terhadap kerajaan negeri
dan Pakatan Rakyat mungkin juga akan terhakis tetapi kerugian ini tidaklah
sebesar kerugian yang ditanggung oleh rakyat apabila kerajaan tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka.
TANGGUNG
JAWAB AKAR UMBI
Pada saya
tugas dan tanggungjawab untuk memastikan kehendak-kehendak rakyat dapat
dipenuhi dan seterusnya kerajaan terus kukuh bukan sahaja terletak di bahu Exco
atau ADUN. Tetapi ia terletak di bahu setiap ahli kita. Daripada yang paling
atas kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi.
Sebagai sebuah
parti kerajaan, rakyat melihat ahli-ahli PAS sebagai wakil tidak resmi kerajaan
walaupun mereka tidak ada apa-apa jawatan kerajaan.
Terdapat
ahli-ahli yang merungut kerana mereka kerap menjadi tempat rakyat membuat
aduan. Sama ada ianya sampah tidak diangkat, air dicatu, longkang tersumbat
atau jalan berlubang, ahli-ahli akar umbi hari ini menerima pelbagai rungutan
dan aduan.
MEMIMPIN
RAKYAT
Ada ahli
yang tidak suka bila ini berlaku. Tetapi pada saya ini adalah satu
pengiktirafan. Pimpinan PAS tidak hanya lagi menjadi pemimpin ahli PAS tetapi
mereka sekarang telah menjadi pemimpin rakyat. Memimpin bukan sahaja orang
Melayu dan orang Islam tetapi rakyat pelbagai kaum dan agama.
Inilah
realitinya menjadi kerajaan dan ianya bertepatan dengan tema Ucapan Dasar
Presiden pada Muktamar PAS tahun lepas, RAHMAT UNTUK SEMUA. Islam mesti menjadi
rahmat untuk semua kerana Allah SWT telah menyatakan di dalam Al Quran bahawa
Allah SWT tidak mengutuskan Nabi Muhammad SAW melainkan untuk menjadi rahmat
kepada sekalian alam. Oleh yang demikian, PAS sebagai jemaah Islam mesti
berupaya menjadi rahmat untuk semua.
NEGARAWAN
Ahli-ahli
PAS kena berfikir dan bertindak sebagai seorang negarawan. Bukan hanya sebagai
pemimpin parti seperti dahulu. Memikirkan kepentingan rakyat bukan sahaja
kepentingan ahli atau kepentingan parti. Inilah cabaran penggal kedua.
Sebelum ini
UMNO gagal mengambil kira kepentingan rakyat. Hanya kepentingan ahli-ahli
diutamakan. Duit kerajaan, harta kerajaan dan tanah kerajaan dianggap sebagai
harta UMNO. Dibahagi-bahagikan di kalangan ahli-ahli.
Sekiranya PAS
bersikap sedemikian maka tidak ada gunanya kita mendabik dada sebagai sebuah
gerakan Islam. Kita akan ditolak dan dikutuk oleh rakyat.
SELAMAT
BERJUANG
Iskandar
Abdul Samad
Yang
Dipertua PAS
Kawasan
Pandan
Tel : 03
9283 3835
Emel :
isksmd@gmail.com
Blog :
iskandar56100.blogspot.com
Sunday, 4 May 2014
PENEROKA BANDAR KG. RIMBA JAYA AKAN DAPAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN.
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mendapatkan persetujuan sebuah bank untuk membiayai bekas peneroka-peneroka bandar (setinggan) Kg Rimba Jaya membeli rumah kos rendah mereka.
Peneroka-peneroka tersebut telah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman biasa daripada bank.
Di bawah program ini Kerajaan Negeri akan menjadi penjamin.
Program ini adalah sebahagian dari program pinjaman perumahan yang akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri sepertimana yang dijanjikan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih belum lagi mendapatkan persetujuan dari mana-mana bank untuk membiayai 2 lagi kes yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri.
Kes-kes itu adalah untuk pembeli Rumah Kos Rendah Sg Sering di Hulu Kelang dan peneroka bandar Pandan Jaya.
Sekiranya usaha ini gagal maka Kerajaan Negeri perlu mencari jalan penyelesaian lain iaitu tanpa melalui mana-mana bank. Walau bagaimanpun sebarang program pembiayaan adalah juga tertakluk kepada peraturan-peraturan Bank Negara.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
5 Mei 2014

Thursday, 10 April 2014
KENYATAAN AKHBAR : DAKWAAN HANYA 10 PERATUS RUMAH RM42,000 WAJIB DIBINA TIDAK TEPAT.
Dakwaan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor dari Barisan Nasional bahawa polisi Rumah Selangorku hanya mewajibkan pemaju membina 10 peratus rumah berharga RM42,000 adalah tidak tepat.
Rumah berharga RM42,000 adalah Rumah Selangorku Jenis A.
Peratus jenis rumah yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah bergantung kepada lokasi projek.
Bagi kawasan-kawasan di mana permintaan rumah-rumah tersebut adalah rendah, hanya 10 peratus diwajibkan dibina. Tetapi di kawasan-kawasan di mana terdapat permintaan, pemaju wajib membina sehingga 20 peratus rumah jenis A sepertimana polisi yang lama.
Contohnya 20 peratus rumah jenis A ini diwajibkan dibina bagi projek-projek di antara 10 hingga 20 ekar di Zon 1 dan Zon 2 di mana permintaan bagi rumah tersebut adalah yang paling tinggi.
Zon 1 adalah kawasan Lembah Kelang meliputi mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,
1.) Petaling - Keseluruhan Daerah Petaling.
2.) Gombak - Mukim Batu dan Hulu Kelang
3.) Klang - Mukim Klang
4.) Hulu Langat - Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih.
5.) Sepang - Kawasan Cyberjaya
Zon 2 pula adalah mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,
1.) Gombak - Mukim Setapak dan Rawang.
2.) Hulu Langat - Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih.
3.) Klang - Mukim Kapar
4.) Sepang - Keseluruhan Daerah Sepang kecuali Cyberjaya.
5.) Kuala Langat - Keseluruhan Daerah Kuala Langat.
6.) Kuala Selangor - Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) dan Hujung Permatang.
Tetapi bagi Zon 3 pula yang merupakan kawasan luar bandar hanya 10 peratus rumah jenis A diwajibkan dibina bagi projek 50 ekar ke atas.
Kawasan-kawasan Zon 3 adalah mukim-mukim di dalam daerah-daerah berikut,
1.) Kuala Selangor - Mukim Pasangan, Tg Karang dan Hulu Tinggi.
2.) Hulu Selangor - Keseluruhan Daerah Hulu Selangor.
3.) Sabak Bernam - Keseluruhan Daerah Sabak Bernam.
Secara ringkasnya peratus rumah jenis A yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah seperti berikut,
Keluasan pembangunan - 5 hingga 10 ekar,
Zon 1 - 10 peratus
Zon 2 - Tidak wajib
Zon 3 - Tidak wajib
Keluasan pembangunan - 10 hingga 20 ekar,
Zon 1 - 20 peratus
Zon 2 - 20 peratus
Zon 3 - Tidak wajib
Keluasan pembangunan - 20 hingga 50 ekar,
Zon 1 - 20 peratus
Zon 2 - 10 peratus
Zon 3 - Tidak wajib
Keluasan pembangunan - 50 ekar ke atas,
Zon 1 - 10 peratus
Zon 2 - 10 peratus
Zon 3 - 10 peratus
Peratusan ini adalah berdasarkan kajian tentang permintaan di daerah-daerah untuk rumah jenis A yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Kos Rendah.
Hingga ke hari ini masih terdapat Rumah Kos Rendah yang dibina di zaman pentadbiran Barisan Nasional yang masih tidak terjual kerana dibina di kawasan yang tiada permintaan.
Polisi rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sebelum ini, Polisi 20:20:10, mewajibkan pemaju membina rumah-rumah untuk golongan ini tanpa mengira permintaan.
Secara keseluruhannya polisi Rumah Selangorku menetapkan 20 hingga 50 peratus rumah mampu milik (Rumah Selangorku) yang wajib dibina oleh pemaju-pemaju adalah sepertimana berikut,
ZON 1
2 hingga 5 ekar - 20 peratus
5 hingga 10 ekar - 30 peratus
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 50 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus
ZON 2
2 hingga 5 ekar - Tidak wajib
5 hingga 10 ekar - 20 peratus
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 40 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus
ZON 3
2 hingga 5 ekar - Tidak wajib
5 hingga 10 ekar - Tidak wajib
10 hingga 20 ekar - 40 peratus
20 hingga 50 ekar - 40 peratus
50 ekar ke atas - 50 peratus
Terdapat 4 jenis Rumah Selangorku, jenis A, B, C dan D dari RM42,000 hingga RM250,000.
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
9 April 2014

KENYATAAN AKHBAR EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR : PEMAJU LEWATKAN PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK AKAN DIAMBIL TINDAKAN.
Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas ke atas pemaju-pemaju yang telah mendapat kelulusan untuk membina Rumah Mampu Milik (RMM) tetapi gagal mengemukakan permohonan untuk Kebenaran Merancang (KM).
3 projek telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Exco dalam tahun 2011 tetapi tiada yang telah mendapat KM.
10 projek dalam tahun 2012 dan 2 projek telah mendapat KM.
14 projek dalam tahun 2013 dan 1 projek telah mendapat KM.
4 projek dalam tahun 2014.
Satu jawatankuasa khas di bawah Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah ditubuhkan untuk memantau pembinaan RMM dan terdapat di antara pemaju-pemaju terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan.
Pemaju-pemaju akan diarah untuk mengemukakan permohonan KM mereka dalam masa 6 bulan iaitu sebelum November 2014.
Pembinaan mesti bermula dalam masa setahun setelah KM diperolehi.
Sekiranya terdapat pemaju yang berdegil maka Kerajaan Negeri boleh membatalkan kelulusan MMKN untuk RMM mereka.
LPHS juga akan mengkaji kemungkinan sama ada kelulusan KM bagi projek-projek lain pemaju yang degil ini boleh dibekukan.
Iskandar A Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
11 April 2014

Thursday, 3 April 2014
DIALOG MEMBINCANGKAN MASALAH GERAI-GERAI DI BAWAH JLN LINGKARAN TENGAH II (MRR2) ANJURAN ADN CHEMPAKA, YB ISKANDAR A SAMAD.
Dialog tersebut akan dilaksanakan sepertimana butiran berikut,
Tarikh - 4 April 2014 (Jumaat)
Masa - 3.00 petang
Tempat - Masjid Nurul Hidayah, Jln Medan Pandan (Jln H), Kg Pandan Dalam.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Tarikh - 4 April 2014 (Jumaat)
Masa - 3.00 petang
Tempat - Masjid Nurul Hidayah, Jln Medan Pandan (Jln H), Kg Pandan Dalam.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Friday, 21 March 2014
PERJUANGAN KELUARGA PENJUAL KAIN.....
Malam tadi lebih kurang jam 11.15 ketika melalui tapak pasar malam Taman Kencana saya telah ternampak satu keluarga yang sedang mengemas.
Mereka memang setiap minggu menjual kain baju di situ. Turut bersama adalah kanak-kanak yang berumur sekitar 5 hingga 8 tahun. Amat menyedihkan kerana kanak-kanak lain mungkin telah nyeyak tidur tetapi kanak-kanak ini terpaksa keluar berniaga dengan ibu bapa mereka. Begitulah keadaannya setiap minggu.
Begitu gigih usaha mereka.
Pengorbanan keluarga itu patut menjadi pengajaran kepada mereka yang hanya mengharapkan bantuan atau subsidi. Mereka yang merasakan masyarakat atau kerajaan WAJIB membantu mereka walaupun mereka itu sihat walafiat dan berkemampuan. Walaupun Allah SWT mengurniakan kesihatan dan akal fikiran namun mereka enggan memanfaatkannya.
Mungkin budaya ini telah sebati dalam masyarakat kita sejak berpuluh tahun. Adakah ia salah Kerajaan Barisan Nasional? Atau salah semua kerajaan termasuk Kerajaan Pakatan Rakyat?
Pada hakikatnya rakyat perlu diberdayakan atau "empower". Mereka tidak seharusnya diajar supaya hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan subsidi atau "hand-out". Walaupun yang benar-benar memerlukan mesti dibantu tetapi ketirisan mesti dielakkan. Bantuan mesti sampai kepada sasaran dan tidak seharus diberikan kepada mereka yang tidak layak.
Berbalik kepada keluarga tersebut, mereka adalah orang seberang.....

Thursday, 20 March 2014
PEMUNGUT KOTAK YANG MULIA.
Ketika ada yang meminta projek dari saya agar dapat menyara kehidupan, saya mendapat tahu ada pemungut kotak dan besi buruk berbangsa Rohingya yang boleh mendapat sehingga RM150 hingga RM200 sehari.
Seorang kawan memberitahu terdapat ahli jemaah surau beliau yang berbangsa Rohingya dan dia yang membayar bil elektrik surau itu, lebih RM200, yang selalunya ditampal di papan tanda surau. Dari peristiwa tersebut dapatlah diketahui pendapatan sebenar pemungut kotak dan besi buruk ini. Mungkin sehinggga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Oleh itu, lain kali apabila berjumpa dengan pemungut kotak dan besi buruk yang berkereta tolak, janganlah kita pandang mereka hina. Pertama, mereka telah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal tanpa bantuan atau subsidi dari sesiapa. Kedua, pendapatan mereka mungkin lebih tinggi dari kita.

LAWATAN TAPAK EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN PENEROKA BANDAR NEGERI SELANGOR KE PROJEK TERBENGKALAI PANGSAPURI SAGA SURIA YANG TELAH BERJAYA DIPULIHKAN.
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Tuan Iskandar Abdul Samad, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor akan mengadakan lawatan ke pangsapuri tersebut sepertimana butiran berikut:
Tarikh : 21 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pangsapuri Saga Suria, Taman Saga , 68000 Ampang, Kuala Lumpur.
Tempat berkumpul : Stesyen Bh Petrol, Jalan Taman Putra, Ampang. Jam 2.45 petang.
Pangsapuri ini telah mula dibina pada tahun 2006 tetapi telah terbengkalai.
Ia mengandungi 468 unit Rumah Kos Rendah.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor telah memantau projek ini dari masa ke semasa.
YB Exco Perumahan telah turut mengadakan 2 lawatan tapak sebelum ini. Mesyuarat pemantauan telah juga diadakan.
Akhirnya Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) telah dikeluarkan pada bulan Disember 2013.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tuan Haji Suhaimi di talian 019-759 8622 atau Encik Hafiz di talian 013-246 9027 / 013-635 7990.
Para wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan.
Lt Kamaruzzaman Ahmad Nor,
Setiausaha Kanan,
Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar,
Negeri Selangor
19 Mac 2014

BUKIT BOTAK : DULU TIDAK YAKIN, HARI INI MENJADI REBUTAN.
Pada mesyuarat JK Tetap Perumahan minggu lepas isu Bukit Botak telah dibincang secara panjang lebar.
Alhamdulillah isu peneroka bandar di situ telah hampir selesai. Lebih 1,400 buah rumah berkembar (semi detached) telah siap dibina dan boleh diduduki.
Pada awalnya ramai tidak yakin dengan penyelesaian Kerajaan Negeri Selangor. Ramai yang marah kerana Kerajaan Negeri hendak menjual rumah kepada peneroka dengan harga RM99,000. Tetapi hari ini tidak ramai yang marah lagi kerana harga di pasaran rumah-rumah tersebut adalah melebihi RM300,000.
Hari ini ramai yang hendak memiliki rumah di Bukit Botak. Apabila PKNS membuka untuk jualan baki rumah-rumah di sana, lebih kurang 200 buah, ribuan telah memohon. Sekarang ini telah menimbulkan masalah yang lain.
PKNS telah dituduh tidak adil di dalam mengendalikan penjualan baki rumah-rumah itu seolah-olah adalah menjadi hak mereka yang menuduh untuk membeli rumah-rumah tersebut. Tidaklah diketahui dari mana mereka mendapat idea itu.
Sebenarnya PKNS tidak boleh menjual kesemua baki-baki rumah tersebut. Pejabat saya telah menerima rayuan untuk membeli rumah dengan harga peneroka bandar iaitu RM99,000 kerana mendakwa mereka pernah tinggal di Bukit Botak.
Maka PKNS perlu menyimpan sejumlah dari baki rumah sekiranya terdapat mereka yang merayu layak. Walau bagaimanapun ingin ditegaskan di sini bahawa satu tempoh rayuan dan siasatan telah diperuntukkan pada tahun 2010. Tetapi mungkin ketika itu ramai yang belum lagi yakin projek itu boleh dipulihkan kerana masalah Bukit Botak ini telah lebih 20 tahun membelenggu rakyat. Hanya setelah rumah-rumah siap dibina ramai yang nampak keupayaan Kerajaan Negeri dan telah mula tampil ke hadapan.
Sekiranya terdapat peneroka-peneroka yang layak maka mereka wajar mendapat tawaran membeli rumah dengan harga istimewa. Kerajaan Negeri sedang menjalankan satu siasatan dan penilaian yang terperinci dan tidak akan membenarkan sesiapa mengambil kesempatan.
Walau bagiamanapun PKNS perlu menjual baki rumah-rumah setelah mengambil kira rayuan-rayuan yang berjaya kerana PKNS telah mengalami kerugian lebih RM80 juta untuk menyelesaikan masalah Bukit Botak. Mereka memerlukan pulangan dari jualan tersebut untuk mengurangkan kerugian itu.
Walau bagaimanapun jualan adalah berdasar "siapa cepat dia dapat" dan terdapat juga kuota untuk kakitangan kerajaan. Perlu ada kuota untuk mereka sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah perumahan di kalangan kakitangan.
Ada juga yang marah kepada saya kerana saya tidak mahu membantu mereka "jump queue" atau melompat "queue". Mereka mendakwa mereka yang paling layak membeli rumah itu. Tidak pula diketahui juga siapa yang mengurniakan mereka hak membeli rumah di Bukit Botak lebih dari ribuan orang lain yang juga mengharap.
Sebagai Exco saya perlu berlaku adil kepada semua. Tetapi fokus Kerajaan Negeri sekarang adalah untuk menyelesaikan masalah para peneroka yang masih gagal mendapat pinjaman perumahan. Mereka telah menunggu lebih 20 tahun oleh yang demikian perhatian perlu diberikan kepada mereka.

Thursday, 13 March 2014
PAS SELANGOR TAWARKAN SIJIL PENTADBIRAN ORGANISASI.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor akan menganjurkan kursus separuh masa yang akan menawarkan Sijil Pentadbiran Dan Pengurusan Organisasi.
Kursus ini adalah khusus untuk pentadbir dan pengurus di dalam PAS seperti Setiausaha-Setiausaha di semua peringkat, Penolong-Penolong Setiausaha di semua peringkat dan Setiausaha-Setiausaha Kerja.
Keputusan telah dibuat untuk menganjurkan kursus ini memandangkan cabaran-cabaan baru yang timbul akibat dari perkembangan-perkembangan berikut :
1. Kadar penambahan ahli dan penambahan cawangan yang sentiasa meningkat akibat dari minat yang tinggi terhadap PAS daripada rakyat.
2. Tanggungjawab dan beban tugas yang semakin bertambah selari dengan kedudukan sebagai parti pemerintah di mana pimpinan dan petugas Parti terpaksa juga menjalankan tugas-tugas pentadbiran kerajaan seperti menerima aduan dan menyelesaikan masalah rakyat di peringkat akar umbi.
3. Harapan dari ahli-ahli yang tinggi akibat dari komposisi ahli yang telah berubah di mana mereka menuntut perkhidmatan dan pentadbiran yang lebih cekap, efisien dan profesional.
Adalah diharapkan kursus ini akan dapat menghasilkan kumpulan pentadbir dan pengurus Parti yang lebih cekap, profesional dan berpengetahuan.
Peserta kursus ini akan melalui 8 siri kuliah dan setiap kuliah adalah selama 3 jam termasuk kerja kursus.
Kuliah-kuliah akan diadakan di Bangunan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Presint Alami, Shah Alam.
Penilaian adalah berdasarkan kehadiran di kuliah-kuliah dan kerja kursus (assignment) bagi setiap modul. Peserta-peserta melepasi markah yang ditetapkan akan dianugerahkan sijil ini.
Modul-modul untuk sijil tersebut adalah terdiri dari,
1. Struktur Dan Pentadbiran Organisasi Di Dalam PAS
2. Pengurusan Dan Pentadbiran Organisasi
3. Nilai-Nilai Pentadbiran Islam
4. Sistem Kerajaan Di Malaysia
5. Perhubungan Awam
6. Pengurusan Konflik
7. Pengurusan Sumber Manusia
8. Pengurusan Kewangan
Tenaga-tenaga pengajar kursus ini adalah daripada IPTA, IPTS, badan profesional dan individu-individu berpengalaman yang lain.
Untuk siri pertama seramai 30 orang peserta akan diterima untuk mengikuti kursus ini. Seramai 25 orang dikhususkan untuk ahli-ahli PAS Selangor sementara yang selebihnya adalah terbuka kepada ahli-ahli dari luar Selangor.
Kuliah-kuliah untuk siri pertama kursus ini akan diadakan sepanjang bulan Mei dan Jun tahun ini.
Kursus akan kendalikan oleh Lajnah Pendidikan Dan Pembangunan Ahli PAS Negeri Selangor pimpinan YB Dr Hjh Halimah Hj Ali yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
14 Mac 2014

Subscribe to:
Posts (Atom)