Wednesday, 28 March 2012

Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa terus cemerlang.

Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa telah terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat di kawasan Parlimen itu.

Begitulah kata Iskandar A. Samad, Ahli Dewan Negeri Chempaka ketika merasmikan Hari Kesihatan 2012 anjuran pusat khidmat tersebut dengan kerjasama Yayasan Prihatin Titiwangsa dan Pusat Khidmat ADN Chempaka di Kg Perwira Jaya dan Kg Desa Pahlawan.

Kampung-kampung tersebut adalah unik kerana ia sebenarnya merupakan satu kampung di mana Kg Perwira Jaya terletak di dalam kawasan Dewan Negeri Chempaka, Selangor sementara Kg Desa Pahlawan di dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kedua-dua kampung itu berkongsi masjid yang sama.

Sempena hari kesihatan itu, Iskandar telah menziarahi beberapa orang warga emas di rumah mereka.

Menurut Iskandar, pusat khidmat tersebut telah berjaya mengisi kekosongan setelah pemergian Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Dato' Haji Ghazali tahun lepas.

Katanya program-program telah dijalankan oleh pusat khidmat itu untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat di Titiwangsa.

Iskandar yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat melalui pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor melaksanakan program-program membantu rakyat setelah menang pilihanraya dalam tahun 2008 tetapi Barisan Nasional melaksanakan program-program membantu rakyat setelah kalah di lima negeri", ujar beliau lagi - Chempaka Online.

Iskandar : Komited Bina Rumah Mampu Milik

SHAH ALAM 27 MAC 2012 : Kerajaan Negeri komited melaksanakan projek perumahan Rumah Mampu Milik(RMM) kerana prihatin dengan keperluan dan kehendak golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri di negeri ini.

Dalam ucapan penggulungan ketika sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya prihatin dengan kemampuan rakyat untuk membayar ansuran rumah, maka keputusan dibuat  untuk memastikan harga RMM adalah tidak melebihi RM100,000.

"Jika lebih RM100,000, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 tidak akan dapat membeli kerana perlu membayar ansuran bagi tempoh 20 tahun.

"Tetapi jika RMM berharga sekitar RM89,000 maka bayaran ansuran bulanan hanya sekitar RM602 sebulan dan gaji minima untuk mendapat pinjaman pula adalah RM1,806," jelas Iskandar.

Sementara itu, beliau turut memberitahu penyediaan rumah berkenaan adalah berdasarkan 'cross-subsidised' atau 'saling-sumbang'.

"Ia selari dengan konsep Islam di mana harta orang kaya ada hak orang miskin iaitu konsep zakat.

"Jika kita lihat negara-negara lain juga, perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana bukanlah tempat mendapat untung," ujar Iskandar lagi - Selangorku.

PENDUDUK KG. KOK DOH, SELAYANG TERIMA SAGUHATI.

PETALING JAYA, 18 JUN 2011 : Seramai 84 keluarga setinggan Kampung Kok Doh di Bandar Baru Selayang hari ini menerima saguhati pemindahan dan bantuan perumahan daripada kerajaan negeri Selangor bagi menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan menempatkan 1,200 peneroka bandar yang telah menunggu lebih 20 tahun untuk memiliki rumah.

Penduduk Kampung Kok Doh, yang tinggal di atas tanah milik anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di sebelah Kampung Bukit Botak telah menerima saguhati berjumlah keseluruhan RM483,800 daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.

Menurut satu kenyataan dari pejabat MB, saguhati pemindahan tersebut bukan sahaja melibatkan bantuan pemindahan sebanyak RM500 seorang tetapi juga tawaran dan bantuan pembelian rumah Semi-D Bukit Botak atau rumah kos rendah – mengikut kelayakan masing- masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Othman Omar.

Dari 84 keluarga, 63 telah layak membeli rumah Semi-D Bukit Botak dengan harga RM99,000. Mereka juga telah diberi peruntukan tambahan RM3,600 seorang sementara menunggu rumah siap dalam masa 12 bulan, serta saguhati pemindahan RM500, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, seramai 20 keluarga yang layak membeli rumah kos rendah RPKR di Selayang Mulia yang bernilai RM42,000 telah diberi subsidi RM7,000 untuk pembelian rumah.

"Ini bermakna mereka hanya membayar RM35,000 untuk memliki rumah RPKR. Selain itu, mereka menerima peruntukan tambahan RM1,500 serta saguhati pemindahan RM500 seorang," terang kenyataan itu.

Dalam ucapannya sempena majlis penyampaian cek itu, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Kok Doh yang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam pemindahan ini kerana ianya akan menjayakan projek perumahan Bukit Botak yang akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada masalah setinggan dan peneroka bandar.

"Dahulu, penduduk dipujuk menyerahkan hak tanah mereka kepada syarikat pembinaan yang telah gagal untuk membina rumah dan membayar pampasan seperti yang dijanjikan.

Bila kita jadi kerajaan pada Mac 2008 kita dapati sudah 20 tahun mereka menunggu. Dalam masa dua tahun kita dapat merancang penyelesaian yang menyeluruh. Sekarang rumah sedang dibina oleh PKNS dan akan siap mengikut jadual," katanya.

Nasib peneroka bandar terbela

Beliau berkata kerajaan negeri komited dalam memastikan nasib peneroka bandar terbela di mana perancangan pembinaan projek perumahan dibuat dengan rapi agar mereka mendapat hasil yang baik.

"Dahulu yang dijanjikan rumah kos rendah RM45,000. Untuk penambahbaikan, kita arahkan PKNS membuat perancangan membuat rumah semi-D dengan harga RM99,000. Jika tidak mahu, PKNS bersedia membeli rumah pada harga RM170,000.

"Oleh itu pemilik tanah tidak rugi apa-apa kerana keuntungan mereka terjamin. Di kawasan ini, ada yang sanggup membeli rumah Semi D pada harga RM220,000. Jadi tiada siapa yang rugi," katanya.

Beliau berkata projek ini adalah bukti hasil kesungguhan dan komitmen kerajaan Selangor menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai sejak 25 tahun lalu yang gagal diselesaikan oleh pihak pentadbiran terdahulu.

Kerajaan negeri pada mulanya menghadapi kesukaran untuk membantu membaik pulih projek terbengkalai ini kerana hak milik terhadap lot-lot tanah telah diserahkan kepada syarikat pemaju yang terdahulu.

Menteri Besar kemudian mengambil keputusan mengarahkan tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan penduduk Bukit Botak.

Kini projek ini berjalan lancar dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus, dan dijangka siap menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012, kata kenyataan itu - FMT.

Tuesday, 27 March 2012

10 PERATUS RUMAH MAMPU MILIK (RMM) NEGERI SELANGOR UNTUK IBU BAPA PESERTA TAWAS (TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR)

10 peratus RMM akan diperuntukkan untuk ibu bapa peserta-peserta TAWAS.
 
Penjualan RMM adalah dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.
 
Pemaju-pemaju yang membina RMM tidak boleh menjual RMM kepada sesiapa sahaja tetapi nama-nama pembeli mestilah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
 
Peraturan yang sama digunapakai bagi penjualan Rumah Kos Rendah (RKR).
 
Tujuan peraturan ini adalah untuk memastikan hanya mereka yang layak dapat membeli RMM ini.
 
Sasaran utama program RMM adalah mereka yang berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM5,000 dan tidak memiliki rumah sendiri.
 
Dengan peruntukan khas 10 peratus kepada ibu bapa peserta Tawas maka ini bermakna golongan muda terutamanya ibu bapa muda akan mendapat peluang yang lebih untuk memiliki rumah mampu milik.
 
Ini bermakna jika pada satu projek itu terdapat 500 unit RKR maka 50 diperuntukkan untuk ibu bapa peserta TAWAS.
 
Peruntukan ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memberi nilai tambah kepada program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES.
 
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Mac 2012

Monday, 26 March 2012

Kerajaan Negeri Selangor belanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaiki lif dan pam air di PPR Kota Damansara dan Lembah Subang.

Susulan lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai,

1.) Kerja-kerja pembaikan lif
2.) Penggantian pam air yang telah rosak sejak sekian lama.

Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan,

1.) PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM1,936,257.00 untuk 17 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 7 Januari 2012 dan 8 April 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN LIF - RM2,909,650.00

Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan,

1.) PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM87,500.00 untuk 16 pam (termasuk 1 pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN PAM AIR - RM285,100.00

KOS KESELURUHAN - RM3,194,750.00

Status kerja-kerja pembaikan lif adalah seperti berikut,

1.) PPR Kota Damansara

i.) Blok A, B dan D - Kerja-kerja pemasangan peralatan mekanikal dan elektronik masih berjalan walaupun telah berlaku kecurian kabel di Bilik-Bilik Riser.

ii.) Blok C - Kerja-kerja pembaikan hampir siap dijalankan.

2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang.

i.) Blok A, B dan C - Kerja-kerja utama telah siap dijalankan dan tinggal hanya kerja-kerja akhir sahaja.

ii.) Blok D, E, F dan G - Menunggu beberapa peralatan yang ditempah tiba dari kilang.


Status kerja-kerja pembaikan pam air adalah seperti berikut,

1.) PPR Kota Damansara

i.) Blok A, B, C dan D - Kerja-kerja pemasangan pam baru sedang berjalan.

2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang.

i.) Blok A, B, C, G dan H - Kerja-kerja telah disiapkan.
ii.) Blok D, E dan F - Kerja-kerja telah disiapkan walaupun telah beberapa kali kabel dicuri di Blok F.

Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan memberi bantuan kewangan untuk membiayai pembaikan-pembaikan ini maka sudah tentu ia tidak akan membiarkan rakyat tanpa pembelaan.


Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Mac 2012

PEMBELI RUMAH SAUJANA PUTRA FASA 5B SELESAI

PUCHONG, 8 NOV 2010 : 110 pembeli rumah teres satu tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib.

Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli.

Satu jawatankuasa khas telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan. 


Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut.

Projek perumahan ini adalah di antara lebih 500 buah kediaman di Puchong yang dipantau oleh jawatankuasa ini.

"Ternyata sekali kaedah pemantauan dan rundingan yang diambil oleh jawatankuasa tersebut adalah berkesan di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai," kata kenyataan dari pejabat Iskandar Samad itu - Harakahdaily.

72 ORANG PENDUDUK KG. KEMENSAH TERIMA KUNCI

HULU KELANG, 13 MAC 2011 - Seramai 72 orang penduduk di Kg Kemensah telah menerima kunci rumah "town house" masing-masing pagi semalam.

Majlis penyerahan kunci rumah ini telah mendapat kerjasama daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.

Penyerahan kunci rumah ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar B. Abdul Samad.

Iskardar berkata, PNSB, sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan tanggungjawab untuk menempatkan semula penduduk -penduduk asal Kg Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

"Projek ini yang dibangunkan oleh pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd merangkumi 72 buah unit 'town house" yang merangkumi Block A, B, C, D dengan keluasan 850 kaki persegi dan dijual dengan harga RM50,000.00 seunit.

Pembangunan projek Kemensah Hilir yang akan dinamakan Bukit Kemensah Indah, meliputi tanah seluas 15.6 ekar yang mengandungi unit-unit rumah teres, rumah kelab dan dewan, ujar Iskandar.

"Saya harap agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti kerana kelewatan menyiapkan projek akan melewatkan perpindahan penduduk," kata Iskandar di dalam ucapannya.

"Saya bersyukur kerana rumah yang diidamkan selama ini telah diterima tetapi saya berasa sedih kerana isteri saya tidak sempat melihat rumah tersebut kerana meninggal dunia 4 bulan dahulu," ujar Mohd B. Manan yang telah menetap di rumah setinggan yang dikenali sebagai Kg Kemensah Hilir yang bermula 1962 sehingga 2005

Turut hadir bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli Parlimen Gombak  Azmin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor (PNSB)  Ahmad B. Omar serta Pengerusi Pemaju Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB)  Samad Maharuddin - Komunitikini.

SOALAN NO. 48 - RUMAH MAMPU MILIK DAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI.

KENYATAAN AKHBAR

JAWAPAN Y.B. TUAN ISKANDAR ABDUL SAMAD,
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 48 OLEH TUAN HAJI SULAIMAN (PERMATANG). 
 
a)           Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam penyediaan kediaman yang mampu dimiliki oleh golongan tersebut. Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru hanya dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit.
 
Tetapi untuk menjawab pertanyaan ini, kategori-kategori Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00 hingga RM 42,000.00), Rumah Kos Sederhana Rendah (bawah RM 72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (bawah RM 100,000.00) akan dilaporkan kerana hanya ada satu projek Rumah Mampu Milik yang sedang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Secara keseluruhannya, sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh PNSB dan PKNS bagi tempoh April 2008 sehingga kini. Berikut adalah pecahan unit mengikut kategori:
 
            i.        Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00-RM 42,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
1,653
180 Siap dan diduduki
694 dalam pembinaan
779 belum dibina
2
Hulu Langat
708
Belum dibina
3
Klang
302
132 dalam pembinaan
170 belum dibina
4
Kuala Langat
550
Belum dibina
5
Petaling
1,730
Belum dibina
6
Sepang
562
Belum dibina
7
Hulu Selangor
107
Siap dan diduduki
Jumlah
5,612
 
 
Bilangan unit siap dan diduduki   :   287 unit
Bilangan unit dalam pembinaan   :    826 unit
Bilangan unit belum dibina           : 4,499 unit
 
          ii.        Rumah Kos Rendah (RM 42,001.00-RM 72,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
389
Belum dibina
2
Hulu Langat
206
16 dalam pembinaan
190 Belum dibina
3
Kuala Langat
1,578
Belum dibina
4
Sepang
359
Belum dibina
Jumlah
2,532
 
 
Bilangan unit dalam pembinaan   :      16 unit
Bilangan unit belum dibina           : 2,516 unit
 
        iii.        Rumah Kos Sederhana Rendah (RM 72,001.00 - RM 100,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
3,912
1,947 dalam pembinaan
1,965 belum dibina
2
Hulu Langat
1,385
1,023 dalam pembinaan
362 belum dibina
3
Kuala Langat
7,693
900 dalam pembinaan
6,793 belum dibina
4
Sepang
627
493 dalam pembinaan
134 belum dibina
5
Petaling
694
623 dalam pembinaan
71 belum dibina
Jumlah
15,493
 
 
Bilangan unit dalam pembinaan   : 5,510 unit
Bilangan unit belum dibina           : 9,983 unit

b.          Daripada 23,637 unit-unit rumah yang dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, hanya projek 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak oleh PKNS yang terlibat dengan pemulihan projek terbengkalai.
 
Status kemajuan projek tersebut telah mencapai 72 peratus dan dijangka mula siap menurut fasa mulai Jun 2012.
 
c.           PKNS merancang untuk membina lebih 11,000 unit Rumah Mampu Milik dari 2011 hingga 2021. Terdapat 16 tapak di mana pembinaan telah dimulakan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
 
Di antara projek-projek yang dijangka dilancar tahun ini adalah di Kg. Seri Temenggong (Gombak), Seksyen 12 (Shah Alam), Kota Puteri dan Antara Gapi.
 

Iskandar bin Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Negeri Selangor Darul Ehsan
26 Mac 2012