Monday 26 March 2012

Kerajaan Negeri Selangor belanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaiki lif dan pam air di PPR Kota Damansara dan Lembah Subang.

Susulan lawatan YAB Dato' Menteri Besar Selangor ke PPR Kota Damansara dan PPR Putra Damai, Lembah Subang pada 23 Oktober 2011, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan bagi membiayai,

1.) Kerja-kerja pembaikan lif
2.) Penggantian pam air yang telah rosak sejak sekian lama.

Untuk pembaikan lif, kontrak-kontrak berikut telah diberikan,

1.) PPR Kota Damansara - RM973,393.00 untuk 12 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM1,936,257.00 untuk 17 lif - Tarikh mula kerja 9 Disember 2011 dan tarikh siap 7 Januari 2012 dan 8 April 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN LIF - RM2,909,650.00

Sementara untuk pembaikan pam air pula, kontrak-kontrak berikut telah diberikan,

1.) PPR Kota Damansara - RM197,600.00 untuk 8 pam (semua pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang - RM87,500.00 untuk 16 pam (termasuk 1 pam baru) - Tarikh mula 8 Februari 2012 dan tarikh siap 8 Mac 2012.
JUMLAH UNTUK PEMBAIKAN PAM AIR - RM285,100.00

KOS KESELURUHAN - RM3,194,750.00

Status kerja-kerja pembaikan lif adalah seperti berikut,

1.) PPR Kota Damansara

i.) Blok A, B dan D - Kerja-kerja pemasangan peralatan mekanikal dan elektronik masih berjalan walaupun telah berlaku kecurian kabel di Bilik-Bilik Riser.

ii.) Blok C - Kerja-kerja pembaikan hampir siap dijalankan.

2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang.

i.) Blok A, B dan C - Kerja-kerja utama telah siap dijalankan dan tinggal hanya kerja-kerja akhir sahaja.

ii.) Blok D, E, F dan G - Menunggu beberapa peralatan yang ditempah tiba dari kilang.


Status kerja-kerja pembaikan pam air adalah seperti berikut,

1.) PPR Kota Damansara

i.) Blok A, B, C dan D - Kerja-kerja pemasangan pam baru sedang berjalan.

2.) PPR Putra Damai, Lembah Subang.

i.) Blok A, B, C, G dan H - Kerja-kerja telah disiapkan.
ii.) Blok D, E dan F - Kerja-kerja telah disiapkan walaupun telah beberapa kali kabel dicuri di Blok F.

Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin.

Kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan memberi bantuan kewangan untuk membiayai pembaikan-pembaikan ini maka sudah tentu ia tidak akan membiarkan rakyat tanpa pembelaan.


Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
27 Mac 2012