Monday 26 March 2012

SOALAN NO. 48 - RUMAH MAMPU MILIK DAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI.

KENYATAAN AKHBAR

JAWAPAN Y.B. TUAN ISKANDAR ABDUL SAMAD,
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 48 OLEH TUAN HAJI SULAIMAN (PERMATANG). 
 
a)           Kerajaan Negeri amat prihatin dan memandang serius terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya dalam penyediaan kediaman yang mampu dimiliki oleh golongan tersebut. Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru hanya dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit.
 
Tetapi untuk menjawab pertanyaan ini, kategori-kategori Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00 hingga RM 42,000.00), Rumah Kos Sederhana Rendah (bawah RM 72,000.00) dan Rumah Kos Sederhana (bawah RM 100,000.00) akan dilaporkan kerana hanya ada satu projek Rumah Mampu Milik yang sedang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Secara keseluruhannya, sebanyak 23,637 unit rumah mampu milik yang telah dibina oleh PNSB dan PKNS bagi tempoh April 2008 sehingga kini. Berikut adalah pecahan unit mengikut kategori:
 
            i.        Rumah Kos Rendah (RM 35,000.00-RM 42,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
1,653
180 Siap dan diduduki
694 dalam pembinaan
779 belum dibina
2
Hulu Langat
708
Belum dibina
3
Klang
302
132 dalam pembinaan
170 belum dibina
4
Kuala Langat
550
Belum dibina
5
Petaling
1,730
Belum dibina
6
Sepang
562
Belum dibina
7
Hulu Selangor
107
Siap dan diduduki
Jumlah
5,612
 
 
Bilangan unit siap dan diduduki   :   287 unit
Bilangan unit dalam pembinaan   :    826 unit
Bilangan unit belum dibina           : 4,499 unit
 
          ii.        Rumah Kos Rendah (RM 42,001.00-RM 72,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
389
Belum dibina
2
Hulu Langat
206
16 dalam pembinaan
190 Belum dibina
3
Kuala Langat
1,578
Belum dibina
4
Sepang
359
Belum dibina
Jumlah
2,532
 
 
Bilangan unit dalam pembinaan   :      16 unit
Bilangan unit belum dibina           : 2,516 unit
 
        iii.        Rumah Kos Sederhana Rendah (RM 72,001.00 - RM 100,000.00).

Bil
Daerah
Unit
Status Projek
1
Gombak
3,912
1,947 dalam pembinaan
1,965 belum dibina
2
Hulu Langat
1,385
1,023 dalam pembinaan
362 belum dibina
3
Kuala Langat
7,693
900 dalam pembinaan
6,793 belum dibina
4
Sepang
627
493 dalam pembinaan
134 belum dibina
5
Petaling
694
623 dalam pembinaan
71 belum dibina
Jumlah
15,493
 
 
Bilangan unit dalam pembinaan   : 5,510 unit
Bilangan unit belum dibina           : 9,983 unit

b.          Daripada 23,637 unit-unit rumah yang dibangunkan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, hanya projek 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak oleh PKNS yang terlibat dengan pemulihan projek terbengkalai.
 
Status kemajuan projek tersebut telah mencapai 72 peratus dan dijangka mula siap menurut fasa mulai Jun 2012.
 
c.           PKNS merancang untuk membina lebih 11,000 unit Rumah Mampu Milik dari 2011 hingga 2021. Terdapat 16 tapak di mana pembinaan telah dimulakan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.
 
Di antara projek-projek yang dijangka dilancar tahun ini adalah di Kg. Seri Temenggong (Gombak), Seksyen 12 (Shah Alam), Kota Puteri dan Antara Gapi.
 

Iskandar bin Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Negeri Selangor Darul Ehsan
26 Mac 2012