Tuesday, 17 April 2012

KONTROVERSI PROJEK KEN CITY, TAMAN NIRWANA, AMPANG.

Projek Ken City oleh pemaju Sri Seltra telah mendapat bantahan dari penduduk tempatan.

Ia telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES. MTES telah memberi kebenaran agar projek ini diteruskan dengan beberapa syarat.

Di antaranya adalah pemaju melakukan beberapa pindaan kepada cadangan mereka seperti memastikan trafik dari pembangunan itu tidak memasuki kawasan kediaman yang sedia ada dan meningkatkan sistem perparitan dari pembangunan tersebut.

Walau bagaimanapun bantahan yang berterusan masih diterima dari penduduk.

Memandangkan kesan projek tersebut bukan sahaja melibatkan kawasan Taman Nirwana tetapi Kg Pandan, Taman, Dagang, Taman Cahaya, Taman Chempaka dan beberapa taman lain maka adalah wajar Kerajaan Negeri mendengar semula akan bantahan penduduk.

Satu penyelesaian menang-menang mesti dicapai agar tiada sesiapa akan dipersalahkan di kemudian hari.

Isu ini tidak hanya melibatkan penduduk Taman Nirwana tetapi hampir satu pertiga penduduk kawasan Dewan Negeri Chempaka dan perlu diberi perhatian yang serius.

Oleh itu, saya akan mencadangkan kepada YAB Dato Menteri Besar agar memberi peluang kepada penduduk untuk memberi penjelasan kenapa mereka terus membantah.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
17April 2012