Friday, 27 April 2012

LAWATAN KE PASAR MALAM TAMAN CAHAYA INDAH, AMPANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.B. Iskandar Abdul Samad, EXCO/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan lawatan ke pasar malam Taman Cahaya Indah, Ampang sepertimana butiran berikut :

Tarikh : 30 April 2012 (Isnin)
Masa : 8.00 malam
Tempat berkumpul : Di hadapan Food Court 218, Taman Cahaya Indah, Ampang. (Dekat stesyen LRT Cahaya)
 
Lawatan ini dilakukan oleh Y.B. Iskandar yang juga Ahli Dewan Negeri Chempaka untuk meninjau perjalanan pasar malam tersebut. Buat masa ini perlantikan Ahli Majlis bagi zon di mana pasar malam itu berada, masih tertangguh. Y.B. Iskandar mahu memastikan pentadbiran pasar malam itu berjalan dengan lancar.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Haji Suhaimi di talian 019-759 8622.


WARTAWAN DAN JURUFOTO DIJEMPUT HADIR MEMBUAT LIPUTAN.