Monday, 16 April 2012

Sidang Akhbar Pra Pembukaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya.

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.B Tuan Iskandar bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan akan mengadakan Sidang Akhbar Pra Pembukaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya seperti butiran berikut :

Tarikhi : 17 April 2012 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya, Jalan Pandan 4, Taman Pandan Jaya, 56100 Kuala Lumpur.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan selepas satu lawatan untuk meninjau perpustakaan tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Rodzi bin Man, Pengurus Pusat Khidmat Dun Chempaka di talian 012 364 5634 atau 03 9283 3835.

Para wartawan dan jurufoto dijemput hadir untuk membuat liputan.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
16 April 2012