Tuesday 10 April 2012

Pangsapuri Taman Cahaya siap dicat dan dapat wakaf rakyat.

Penduduk pangsapuri Taman Cahaya bersyukur kerana kediaman mereka telah dicat baru di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA.

Mereka juga telah mendapat sebuah wakaf rakyat yang dibina dengan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka, YB Iskandar A. Samad.

Satu majlis kesyukuran telah berlangsung di pangsapuri itu pada 8 April lepas bersama Iskandar.

Beliau juga telah merasmikan wakaf rakyat tersebut.

Sebelum itu di atas usaha pusat khidmat Iskandar, sebuah padang bolasepak dan padang permainan kanak-kanak telah disediakan untuk pangsapuri itu dan kawasan-kawasan sekitarnya - Chempaka Online.