Monday 9 April 2012

Program motivasi keluarga bersama Dr Robiah K Hamzah anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka pada 7 April 2012.

Program anjuran pusat khidmat YB Iskandar A Samad di Sekolah Rendah Agama Pandan Indah itu telah dihadiri oleh lebih kurang 700 orang pelajar dan ibu bapa.

Iskandar telah merasmikan program hari itu yang telah dijayakan oleh sekolah tersebut. Guru Besar, Ustaz Ahmad Azizi telah turut hadir.

Ianya adalah di antara program-program pendidikan anjuran pusat khidmat beliau.

Di antaranya adalah kursus pemantapan Bahasa Inggeris English@Chempaka, program tuisyen di bawah Program Tuisyen Rakyat Selangor, perkhemahan pelajar masa cuti sekolah dan pelbagai program motivasi pelajar yang lain.

Terdapat program-program tersebut yang telah diadakan dengan kerjasama masjid-masjid dan surau-surau.